Monday, March 7, 2011

InFo ::KeLebiHan BerSeLaWat ke aTs RASULLULLAH S.A.W.::

Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa “Malaikat jibril, Mikail, Israfil, dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku."

Berkata Jibril A.S. :
”Wahai Rasulullah,barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya  & akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata Mikail A.S. :
“Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Malaikat Izrail pula berkata:
“Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi.”

Berkata pula Israfil:
“Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada ALLAH S.W.T.  & aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH S.W.T. mengampuni orang itu.”
   
  Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan; “Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah S.A.W.. Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini?”, tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri”,  jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi. Katanya: "Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah." Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan. Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya. Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. "Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata, "Jangan menangis, semua manusia mesti mati." "Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya. "Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku." Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi. Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, “Siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?" Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad,"  jawabnya. "Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi. "Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran,"  jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. ‘Inilah dia Rasulullah.’ aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun. "Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya. Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.

Fadilat berselawat ke atas Nabi:
-Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.
- Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
-Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.
-Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.
-Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.
-Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.
-Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.



~Mari mulakan berselawat kepada baginda, Nabi Muhammad S.A.W.~

Sunday, March 6, 2011

si HAWA, apabila sudah Menangis...?

Kata orang, setiap gelak ketawa itu, pasti membawa tangisan juga akhirnya.
Pabila hati si hawa sudah 'tersentuh', nescaya akan menangis. Aduhai hawa, lembutnya hati kita.

"Allah swt berfirman: “Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)” 



Menurut kajian, terdapat 5 faktor yang mempengaruhi seseorang wanita (HAWA) itu menangis:

1- HORMON
  Perubahan hormon kaum HAWA ketika datang bulan (haid) memberikan reaksi kepada ketidakstabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi lebih mudah sensitif dan tersentuh yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

2- MANIPULASI
  Tidak dinafikan kebanyakan kaum HAWA menggunakan taktik menangis sebagai senjata untuk menawan hati insan malahan sebagai satu alat untuk memanipulasikan orang lain.

3- EMOSI KEIKHLASAN
  Faktor yang membuatkan si HAWA menangis adalah sebagai eksperasi emosi yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Contohnya apabila melihat kesusahan/kesakitan orang yang disayang sudah tentu membuatkan si HAWA menangis.

4- KEMARAHAN
  Si HAWA meluahkan perasaan marahnya yang tidak terhingga melalui tangisan. Berbeza dengan kaum ADAM, cenderung menggunakan kekerasan fizikal. 

5- KENANGAN
  HAWA, makhluk ALLAH swt yang beremosi berkeupayaan menangis apabila mengimbas kembali kenangan/memori yang lalu sama ada kenangan indah ataupun kenangan buruk.

Terdapat 10 Jenis Menangis Melalui Persepktif Islam (Menurut Ibnu Qayyim)

- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
- Menangis kerana takut
- Menangis kerana gembira
- Menangis kerana menghadapi penderitaan
- Menangis kerana terlalu sedih
- Menangis kerana terasa hina dan lemah
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang lain
- Menangis kerana terikut-ikut orang yang menangis
- Menangis munafik (berpura2)

Memang kaum HAWA lebih mudah menangis berbanding kaum ADAM. ALLAH menciptakan kaum HAWA lebih sensitif berbanding kaum ADAM. Adakah itu satu kelemahan? Tentulah tidak kerana sensitif ini menjadikan kehidupan si ADAM lebih bermakna. Tangisan si HAWA mampu menyedarkan si ADAM yang ego. Tangisan si HAWA juga mampu melembutkan hati si ADAM yang sedang marah dan memberikan kebahagiaan kepada si ADAM. Tangisan itu jangan dinilai hanya melalui airmata yang keluar, lihatlah ia pada suatu sudut pengorbanan yang membuatkan airmata itu jatuh.

Tetapi ketika si HAWA menangis kerana seseorang, bererti dia amat menyayangi orang itu.
Si HAWA tidak mudah menangis melainkan didepan orang yang dia sayang/percaya sahaja dia menurunkan rasa EGOnya. 

Si HAWA menangis BUKAN kerana menunjukkan bahawa dia lemah.
Si HAWA menangis BUKAN kerana dia menginginkan simpati atau rasa belas kasihan. 

Tetapi si HAWA menangis kerana kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran.

Malahan si HAWA begitu senang menjatuhkan airmata apabila melihat kesengsaraan orang yang dikasihinya. 

Di sebalik kelembutan hati si HAWA, dia memiliki KEKUATAN dan KESABARAN yang cukup kuat.
Tutur katanya merupakan KEBENARAN
Mampu mengukir SENYUMAN biarpun dalam keadaan kesedihan
Titisan airmata si HAWA bisa membawa KEDAMAIAN

Sesungguhnya Allah swt la yang mencetuskan sebab kita menangis. 
Apapun tangisan yang dituntut adalah tangisan kerana takut akan azab dan seksaan Allah swt dan menginsafi dosa-dosa silam.


Adapun Rasulullullah saw bersabda: " Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila sesuatu kaum itu menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Sesungguhnya airmata dapat memadamkan lautan api neraka"



Sunday, February 20, 2011

Tentang Kembar_KU

Aku punya kembar. Sama muka? Urm, kalau first time jumpa, ramai yang cakap seiras. Kalau dah lama kenal, insya-ALLAH boleh dah tu bezakan yang mana satu adik dan kakak. 
Hah, aku adik, dan kembarku kakak, tapi ramai yang cakap aku kakak. Kenapa? Sebab dorang kata mukaku nampak matang sikit berbanding kembarku. Beza kami hanya saiz badan dan mata. Kembarku (Sab) besar sedikit dariku dan matanya sepet berbanding aku.
Ramai yang cakap, " Siukkah/Seronokkah ada kembar?", Kalau aku ditanya macam tu, aku senyum saja dan menjawab, " Ya, siuk bha ada kembar!" (:

( Same face tak?) hah teka mana satu aku!

We always sharing everything. Our problems, stories, food, and everything we shared together. Apa yg kami buat, mesti kami buat bersama-sama. Kami tak pernah berahsia antara satu sama yang lain. Kami juga saling menegur antara satu sama yang lain. Biarpun teguran tu pedas, kami takkan 'ambil hati' (terasa).


Tentang KEMBAR!


Tentang KEMBAR!

1) KEMBAR tu satu anugerah. So, appreciate it and should feel grateful for having a twin.

2) Having a twin is like having a BESTFRIEND! We are SO CLOSED to each other.

3) Kembar punya perasaan empati! Bila salah seorang tu tak sedap hati, tentu kembarnya itu berada dalam kesusahan.

4) Bila saya susah, dia support saya dgn ikhlas. Begitu juga sebaliknya.

5) We always sharing everything.. tapi sangat berkira.. hahaha

6) Selalu bergaduh, tapi tu yang merapatkan hubungan kami!

7) Kembarlah tempat luahan yang TERBAIK! "THE BEST LISTENER"

8) Kami berdua ni mudah sgt rasa jealous antara satu sama yg lain, kalau seorang dapat lebih, yang sorang pun nak dapat jugakk, so kena sayang kami berdua sama rata, 50-50.. hee

9) Almost maybe 95% we have a same habits and 98% we do have a same favourite things. :)

10) Kami boleh kenakan orang lain dengan menyamar.. hee (main2 je)

11) Kami juga punya perbezaan dari segi perangai. Aku (adik)  matang sikitla dari kembarku. haha

12) Punya kelebihan masing2. My twin very good in cooking but me.. Better dont' ask.. hee hanya kuat makan.

13) Lebih banyak persamaan antara kami berdua dari perbezaan. Contoh, bila kami berdua ketawa, ramai yang cakap ketawa kami berdua sama saja.

14) Bila ada kembar ni, sporting habis! Yelah, satu kepala la katakan.. Dia jajal(nakal), aku lagila jajal. haha

15) Kami paling tidak sukalah kalau dibanding-bandingkan. KAMI BERDUA SAMA SAJA! hee marah ni, but I'm serious. Selalunya orang suka bandingkan antara kami siapa yang lebih pandai atau lebih cantik. How much I hate it.



Ni jak lah yang mampu aku ungkapkan, mempunyai KEMBAR ni seolah tak terkata apa2, BEST sgt.  Walaupun selalu bergaduh dan kadang-kala terlepas kata, kami berdua tau, kami sebenarnya tak maksudkannya.
Apapun, sesiapa yang mempunyai kembar, bersyukurlah kerana dalam banyak2 kelahiran, kita terpilih untuk dilahirkan kembar. Ramai lagi yang teringin nak ada kembar, jadi kita luckykan punya kembar?  Biarpun kadang kala ada rasa geram @ sakit hati dengannya,
PERCAYALAH, satu hari nanti, kamu akan merindui dia apabila dia sudah tidak ada. Jadi akhir kataku,
I'M SO LUCKY HAVING A TWIN and I LOVE MY TWIN, NUR SABRINA...


Tuesday, February 8, 2011

- Ikatan Sebuah Persahabatan-

Puisi ni khas untuk semua sahabat2ku..



Masa yang berlalu
menjadi sebuah kenangan
yang tak mungkin ku lupakan
kerana hadirnya dirimu..

Mungkin sudah suratan
takdir menemukan kita 
menjalin sebuah ikatan,
persahabatan yang terbina

Perasaan yang lahir dari hati
adalah persahabatan yang ikhlas dan suci
yang tak mungkin terlerai
kerana usia persahabatan kita 
menjadikan kita lebih matang dalam menghargai 
dan memahami
erti sebenar ikatan sebuah persahabatan..

Sunday, January 30, 2011

Itulah Siang, itulah Malam

Langit memang indah dipandang,
tak kira malam ataupun siang,
Keindahannya memaparkan keagungan ciptaan-NYA
melahirkan keinsafan dan terasa tenang.

Kebiruan yang luas diliputi awan putih,
menyerlahkan kemegahan sang Siang,
 Bulan dan bintang yang bergermelapan jauh,
 menaikkan seri sang Malam.

Itulah siang,
Itulah malam,
anugerah illahi,
untuk dinikmati.

by SAD
15.03.2009


-Ciptaan Maha Agung tidak mampu ditandingi malahan tidak mampu dilukis-

Saturday, January 29, 2011

PERJALANANKU


Semakin jauh ku berlari,
semakin dekat usia remaja,
bagai menuju ke satu desnati,
mencari ilmu ke alam dewasa.

Dalam kejauhan ini,
aku pasrah menerima segala
cemuhan dan mainan duniawi
agar dapat meneruskan kehidupan sederhana

Walau mentari mula menyepi
walau rembulan makin suram,
tetapku akur ketentuan illahi,
menjalani kehidupan penuh musim..

by SAD

Mengenang Kembali

Malam rebah
dipenghujung bumi,
menyusur megah sang mentari.

 Kisah memori diwaktu pagi,
 membawa segala kegembiraaan hati,
 sisa segala kenagan tadi,
 akanku isi tika sunyi.

Terasa dinginnya angin bayu,
suasana ceria menjadi sepi,
saja duduk mengenang kembali,
saat hitam mewarnai kalbuku.

 Kala angin bertiup sepoi,
 terasa berada di alam fantasi,
 namun hakikatnya aku di duniawi,
yang mencari-cari teman sejati...

by SAD
-2008-