Wednesday, September 7, 2011

Life is Like a BooK.. :)


Kehidupan kita umpama buku.
Buku itu menyimpan semua memori kita.
Banyak tajuk-tajuk yang menceritakan tentang kehidupan seharian kita.

Kadang ada cerita sedih, ada juga cerita gembira.
Itulah kehidupan.
Buku itu disimpan untuk 'dibaca'(dikenang) pada hari yang lain.
Andai kamu sedih, mulakan saja 'tajuk' yang baru dan 'tulis semula'..
Andai kamu gembira, 'bacalah'(ingatlah) ia selalu.. :)




Sunday, September 4, 2011

Mengira hari-hari yang sudah berlalu...



Hari ni, dah raya yang ke-7..
Bagi adie, raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. 
mmm
Mungkin sebab seminggu je kat kampung.
Tak puas lagi nak pergi rumah saudara-mara untuk beraya..
Semangat raya adie hilang bila terpaksa bersendirian dibilik bertemankan 'lappy' je.
Padahal, cuti adie 2 minggu, 
seminggu ni habiskan masa kat bilik je tanpa ada suasana hari raya yang dikelilingi dengan keluarga tersayang.
Awal pula adie balik hostel ni..
aduh, Im starting missing my families and my kampung...


Saturday, September 3, 2011

DuiT RaYa

Huhu kalau dapat duit raya sapa x hepi.. hehehe
adie yang da mencecah 20 thun ni pun masi gakk dapat duit raya.. hehe
ALHAMDULILLAH rezeki tu..
Apapun Adie ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
Maaf Zahir dan Batin pada sesiapa yg mengenali diri adie.. ^__^



Friday, July 1, 2011

I LoVe bundle things....

Kenapa adie suka?? 

1- masih lagi baik..
2- 'design' yang cantik2
3- ada yg brjenama tau
4- dan yg pling adie suka sebab ianya sgt murah2.. huhu

Barang2 bundle yg adie cari semestinya pakaian, beg dan patung2.. hee

Tapi, mestilah pandai dan rajin2 selongkar brg2 yg mau dicari.. 
Huhu walaupun penat sbb berjam2 mencari, pasti PUAS HATI hasilnya!!!

Ni patung2 di bundle yg masih cumil (i think) huhu.. (^_^'')




Ni pula baju design yg unik adie beli di bundle.. chantek bg adie (n__n)






Saturday, June 18, 2011

To the next step....

Melangkah ke semester seterusnya.
 Tahun 2 Semester 2 a.k.a. Semester 4..


Terlebih dahulu adie bersyukur sangat kerana lulus dalam peperiksaan akhir Tahun 2 Semester 1.
Banyak dah pengalaman dan cabaran yang adie tempuhi semasa di sem 3. 
Banyak 'pahitnya' berbanding 'manis'. But glad because everything already passed.


Tak sangka langkah adie dah semakin jauh. Pejam celik dah setahun setengah dalam pengajian jururawat pelatih.


Jujurnya, tak terlintas pun adie akan jadi jururawat. haha
Tapi adie tetap bersyukur kerana ini sudah rezeki adie.

So, to the next step...

*I hope to be the new Nur Sadrina, different from the previous..



All the challenges I have been through, I will take it as my experiences.
And the experiences that I have, I'll use it to the next step..
Chayoo SaDDie!!!

Sunday, April 10, 2011

Papa dan Mamaku

Simple About PAPA and MAMA

Ketua keluarga dalam keluarga Adie, iaitu papa adie, Mattin Hj. Pila. Papa adie orangnya sangat tegas dari segi agama dan rasa tanggungjawab terhadap kami semua anak beranak sentiasa ada sampai sekarang. Bab2 solat ni sentiasa dia ingatkan. Tak lengkang dari mulutnya menyuruh solat. Hee ketarala anak2nya ni pemalas. Papa juga terlalu ambil berat terhadap anak2 nya walaupun anak sulungnya ni dah pun mencecah 20. Papa memang 'take care' dan selalu risaukan keselamatan Adie dan kembar Adie bila kami berdua pergi ke bandar KK. Papa ni kalau berceramah, huh kalah Dato' Fadzhillah Kamsah, hee papa selalu bagi kami nasihat yang berguna. Kalau papa tau Adie nangis, papa betul2 bagi nasihat yang boleh buat Adie bersemangat. Nasihat papa bukan calang-calang, memang berkesan untuk Adie. Pernah Adie menangis depan papa, papa pun ikut sama menitiskan airmata. Owh papa, ikhlasnya airmata itu. Adie tak sanggup tengok. :( Papa juga sentiasa mendahulukan kami daripada dirinya sendiri. Papa setiap tahun belikan kain raya yang cantik2 dan baru untuk kami anak-beranak tetapi untuk dirinya sendiri langsung tidak ada. Papa hanya memakai semula baju raya lusuh yang sudah dimamah usia bertahun lamanya. Owh papa, Adie terharu. Adie sayang papa. Papalah Hero Adie yang sentiasa menjaga langkah Adie..


Pengurus dalam keluarga Adie, mama, Zaiton Adanan. Mama orangnya pun tegas dalam agama, sentiasa menyuruh solat. Suaranya lembut berkata " Dah, solat? ". Adie rindu suara tu. Mama sememangnya kuat meleter. hee Tapi itu yang membina kami adik- beradik. Kalau kami ada masalah, mesti mama pun seolah merasa kesedihan yang kami alami. Owh mama, lembutnya hatimu menyayangi kami, tak ternilai darah yang mencurah keluar ketika kami berempat dilahirkan dan tak terbalas kasihmu ketika menjaga kami apabila kami sakit. Masih Adie ingat, masa tu Adie masih kecil dan jatuh sakit sampaikan tak ada selera. Mama buatkan popia kegemaran, dan mama yang suapkan Adie supaya Adie makan. Owh mama, rindu saat mama jaga Adie. Mama kalau berceramah memang ada benarnya, seolah mama tau segalanya. Thats why kena dengar cakap mama dan papa. Mama, Adie teringat ketika mama mengusap-usap lembut rambut Adie masa Adie tidur di paha mama. Masa tu Adie belum tidur, Adie selesa dengan belaian tu. Rindunya.. Mmmm, masakan mama pun Adie sangat Rindu. Sedap sangat masakan mama walaupun masakan yang simple saja. Kenapalah Adie tak sehebat mama.. Kalaulah Adie pun pandai memasak, boleh juga Adie masakkan untuk sekeluarga. Mama, tak ternilai jasa mama pada Adie. Adie sayang mama. Mamalah Angel Adie yang selalu ada di sisi Adie.


Adie sangat SAYANG PAPA dan MAMA

Monday, March 7, 2011

Puisi :: Jangan Tangisi Pemergianku::

Puisi ni ku buat khas untuk pesakit yang pernahku jaga, kini telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir didepan mataku.


Petangku terasa panjang,
kesakitan yang ku alami
seolah tiada noktah,
akhirnya aku dipanggil juga.

Lemahku melihat tangisanmu,
berat mulutku mahu berkata-kata,
kaku tanganku tuk mengusap pipimu,
Janganlah tangisi pemergianku..

Tuhan sudah menulis takdirku sampai di sini
relakan aku pergi buat selamanya,
akanku bawa doamu bersama-samaku
sebagai pelita di alam kuburku...

by SAD