Monday, February 18, 2013

Tukar dari BLOGSKIN ke SIMPLE TEMPLATE

Assalamualaikum w.b.t.

Entahlah kenapa.. Rasanya malas adie nak kemaskinikan blog adie ni..
huhu ya, sangat MALAS..
yang penting pada adie, janji blog mesti KEMAS..



Blog adie yang lama using blogskin..


this one adalah blog adie yang baru.. I think this one more easier..
biarpun terlalu SIMPLE, yang penting OK lah.. huhu

Thursday, February 14, 2013

At Bird Island, Lahad Datu, Sabah.

Let the pictures tell the stories..
beautiful view of Bird Island or 'Pulau Burung'..










Monday, February 11, 2013

Rugi rugi...

Assalamualaikum w.b.t.



Najib : Are you ready for PSY?
Penonton : Yes!!!
Najib : Are you ready for BN?
Penonton : No!
Najib : Are you ready for BN?
Penonton : No!
Najib : Are you ready for BN?
Penonton : No!
Penonton : BOOooooooo!!!

klik sini untuk videonya..

Hanya dengan 2 buah lagu je, terus PSY balik dengan RM 2 juta.
Pergh, sia2 beb duit rakyat kena spend macam tu je..


Sunday, February 10, 2013

5 Jenis IMAN


IMAN TAQLID

Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'. Orang yang beriman Taqlid, pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman. Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas, Iman Taqlid ini tidak sah. Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.

IMAN ILMU

Iman berdasarkan Ilmu. Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah, Malaikat2, Rasul2 dan Nabi, Kitab2, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya. Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal. Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh. Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain. Tetapi orang yang beriman Ilmu, tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya. Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Jadi, Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.

IMAN 'AYYAN

Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan. Imannya bertempat di hati, bukan lagi di fikiran. Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala. Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya. Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia. Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar. Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.

IMAN HAQ

Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa. Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah. Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.

IMAN HAKIKI

Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2, khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar. Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi. Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji..Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.
Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !

Di manakah tahap keimanan kita ?

Monday, February 4, 2013

BERUBAHlah..


Assalamualaikum wbt..

Bila terdetik di hati yang niat anda mahu berubah, ketahuilah, anda betul-betul mahu berubah. Kerana itu adalah 'poke' dari Allah. So, teruskan niat anda sebab ajal maut ni kita tak tahu, adakah hari esok kita masih mampu bernafas?. Ingat, seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah tu maha pengampun. Taubat nasuha, ingat Allah selalu, istiqamah dlm ibadah dan yang paling penting jangan pernah berhenti, sentiasa meneruskan perubahan anda. Jadikan ibadah itu satu kebiasaan.. :)

UAI kata...






-Tutuplah mulut dengan tangan ketika menguap. Sunat mengucap Astaghfirullah selepas menguap. #UstAzharIdrus

-Jangan ceritakan rahsia kita pada orang lain. Lagikan diri sendiri tak boleh simpan rahsia, inikan pula orang lain. #UstAzharIdrus

-Bila terjmpa hantu, baca doa Al'anuka Bilaknatillah (3x). Sila hafal, tak kan bila terjmpa hantu baru nak google, mana smpat dah? #UstAzharIdrus

-Sabar dalam keadaan senang adalah lebih sukar daripada sabar dalam keadaan susah. #UstAzharIdrus

-Kalau sudah tak boleh bersabar, pergi ambil wudhuk. InsyaAllah dengan berwudhuk, hati boleh tenang. #UstAzharIdrus

-Seorang yang bertudung sempurna tidak semestinya baik tetapi seorang yang baik pasti akan bertudung sempurna. #UstAzharIdrus

-Mak baca Surah Yasin (niat nak lembutkn hati anak) tiup pada air dan beri minum kepada anak yang degil. #UstAzharIdrus

Pesanan kepada pasangan couple di facebook, twitter, dll




Kepada pasangan couple yang:-

- terang-terang ambil gambar bersama

- jelas-jelas letakkan gambar dating bersama di khalayak ramai.

- set relationship bagai (kejap engaged kejap single)

- dipelopori ikon-ikon remaja dengan followers puluhan ribu di facebook, tidak segan-silu memaparkan gambar-gambar kemesraan bagai untuk minta doa dan pujian ramai...




Sebenarnya mereka tak faham. Nampak seperti nak tunjuk pada orang. Tapi hakikatnya, mereka tayang tu untuk Allah tengok. Seolah-olah mencabar kekuasaan Allah:

"Wahai Tuhan! Nah, tengoklah gambar kami bersama ni. Kami tak takut pada azab-MU pun! Tak kena petir pun! Dapat like dan doa org ramai lagi ada la!"

Bila dah 'cabar' Tuhan begitu sekali, tunggulah balasannya. Balasan Allah ada yang datang sekelip mata, ada yang datang di hari tua, ada yang ditunda untuk digandakan hukumannya di akhirat kelak.

Balasan awal Allah berupa putus cinta. Selalu orang lepas clash akan tanya soalan, "Kenapa jadi begini, kenapa dan kenapa..bla bla..". Baik, ni sebabnya anda putus cinta:-

1. Allah tak redha. (mungkin banyak sangat buat dosa bila berdua)
2. Allah sedia yang lebih baik. (Allah tahu orang yg bersama dgn kamu tu tak boleh 'guide' kamu pun mungkin)
3. Allah benci orang bermaksiat.
4. Allah Maha Mengetahui masa depanmu.
5. Takdir (dah tersurat dia bukan untuk kamu sampai kiamat)

Jangan cabar Allah..

C&P..