Thursday, January 10, 2013

..saya____tapi insyaallah..


iman saya tak sekuat mana, tapi insyaallah saya cuba memperbaiki diri saya dengan perbanyakkan ilmu agama. bacaan saya ketika mengalunkan ayat2 alquran, tidaklah sehebat hafiz/hafizah tapi insyaallah saya akan memperbaiki bacaan saya dari semasa ke semasa, 
saya hanyalah manusia biasa, selalu melakukan dosa tanpa saya disedari, tapi insyaallah saya cuba menjauhi dosa dan 
saya taklah sepandai ustazah sampai boleh berceramah tapi insyaallah saya sedang mengejar 'title' muslimah.. semoga Allah permudahkan.. amin
 - adie-

#rindu ketenangan di masjid.. SALAM maghrib..

Kisah Rasulullah s.a.w. dengan si pengemis yahudi buta..



Jom baca, hanya beberapa minit saja..

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah terdapat seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya sehingga menjelangnya Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., tidak ada orang lagi yang membawakan makanan setiap pagi kepada si pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a. Selawat kpd baginda dan bacaan Al-Fatihah kpd para sahabat baginda dan keluarga baginda..

-Betapa mulianya peribadi Rasullullah s.a.w., biarpun baginda dihina dan difitnah sebegitu rupa, baginda tetap dengan pendiriannya, membantu si pengemis yahudi buta tersebut sehingga baginda wafat..

Saturday, January 5, 2013

Kejap pakai tudung kejap tidak??


Assalamualaikum wbt
 Hari ni nak cakap sikit pasal isu wanita yang kejap pakai tudung kejap tidak.
Sesuai dengan kata-kata UAI 
"Kejap pakai tudung kejap tak pakai tudung,
muh ingat kejap-kejap masuk neraka"

Entahlah adie tak sukalah orang macam tu, tudung ni kan untuk menutup
aurat a.k.a. wajib, jadi kejap-kejap tak tutup aurat tu, apa kes?
Ada juga yang pakai tudung hanya depan family pastu belakang family mulalah hilang tu tudung entah kemana.
What I'm trying to say is, 
tetapkan pendirian dan iman,
bertudung ni kenalah niat nak tutup aurat,
bukan tutup buka tutup buka je.... 
please do not pretending infront your beloved family
and ALLAH always knows what you did....
Cubalah bayangkan bila bapa or mama korang cakap,
'uish nak si fulan ni, tak bertudung..'
sedangkan anaknya sendiri kita tak tahu apa yang dorang buat dibelakang kita.
Kesian, family ingat  diri kita ni baik, padahal hanya ALLAH saja yang tahu.
Wallahua'lam..

Thursday, January 3, 2013

Cerita Tentang Lelaki yang nak COUPLE..



LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect sgt..!

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

1. Awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

2. Kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

3. Lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..

LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Assalamualaikum.

LELAKI : Waalaikumussalam

P/S: thats why i hate couple.. :)

Tentang TANGAN dan kaitan kepada kita




Cuba kamu lihat jari2 ditangan kamu.. tidak sama rata bukan? 
yang paling tinggi adalah jari hantu, diikuti dengan jari manis, jari telunjuk, jari kelingking dn ibu jari.
 begitulah juga dengan adik-beradik kita. 
walaupun asal dari ibu dan ayah yang sama tapi perangai dan tingkah laku banyak bezanya. 
sebab itulah masing2 punya kelebihan dan kekurangan tersendiri.. 
accept it sebab memang itulah keadaan diri kita..
:)

Persepsiku tentang JURURAWAT..



ramai orang yang kata, 
kerja nurse ni macam kuli lah, macam orang gaji, 
sebab kerja nurse termasuklah mandikan patient, bersihkan kemaluan slpas patient buang air besar atau kecil dan seumpamanya 
tapi dorang tak tahu setiap apa yang dilakukan oleh nurse akan diberikan ganjaran. bukan gaji tapi pahala. 
bila nurse buat beribu kebaikan pun, takkan ada yang hargai tapi bila nurse hny melakukan 1 kesalahan kecil, sudah heboh 1dunia. 
apa yg sy nak nyatakan disini adalah, pekerjaan seorang jururawat adalah pekerjaan yg mulia. 
jururawat yg bagus adalah jururawat yg melayan pesakit-pesakitnya sama rata,
 tak kiralah dia miskin atau kaya. 
my motto as a nurse is treating my patients just like my families. :)

Cerita tentang Lelaki Cina dan Perempuan Islam



‎:: Seorang lelaki cina duduk di tepi perempuan islam...lalu berlakulah perbualan antara mereka.. ♥ ♥::


LELAKI CINA: awak boleh saya tanya..awak perempuan islam kan.??



PEREMPUAN ISLAM: (pelik) ya, saya memang islam..kenapa tanya mcm tu..saya nampak mcm muka korea ke??hehe terima kasih..saya tau saya mmg comell..orang pun banyak cakap macam tu dekat saya



LELAKI CINA: erkk? bukan maksud mcm 2..saya cuma nak pelik..ke
napa awak berpakaian mcm perempuan bukan islam..dan kenapa perwatakan awak x nampak mcm islam...setahu saya perempuan islam ni wajib menutup aurat dan hanya boleh menampak kan muka dan tangan sampai pergelangan tangan jer..dan harus juga melabuhkan tudung mereka hingga lebih dari dada..



PEREMPUAN ISLAM:.................



LELAKI CINA: maafkan saya kalau kata2 saya ni menyinggung hati awak..semoga awak mendapat hidayah ALLAH..assalammualaikum



PEREMPUAN ISLAM:errrrr...wassalam..


#lelaki tu sebenarnya mualaf.. :')