Sunday, April 10, 2011

Papa dan Mamaku

Simple About PAPA and MAMA

Ketua keluarga dalam keluarga Adie, iaitu papa adie, Mattin Hj. Pila. Papa adie orangnya sangat tegas dari segi agama dan rasa tanggungjawab terhadap kami semua anak beranak sentiasa ada sampai sekarang. Bab2 solat ni sentiasa dia ingatkan. Tak lengkang dari mulutnya menyuruh solat. Hee ketarala anak2nya ni pemalas. Papa juga terlalu ambil berat terhadap anak2 nya walaupun anak sulungnya ni dah pun mencecah 20. Papa memang 'take care' dan selalu risaukan keselamatan Adie dan kembar Adie bila kami berdua pergi ke bandar KK. Papa ni kalau berceramah, huh kalah Dato' Fadzhillah Kamsah, hee papa selalu bagi kami nasihat yang berguna. Kalau papa tau Adie nangis, papa betul2 bagi nasihat yang boleh buat Adie bersemangat. Nasihat papa bukan calang-calang, memang berkesan untuk Adie. Pernah Adie menangis depan papa, papa pun ikut sama menitiskan airmata. Owh papa, ikhlasnya airmata itu. Adie tak sanggup tengok. :( Papa juga sentiasa mendahulukan kami daripada dirinya sendiri. Papa setiap tahun belikan kain raya yang cantik2 dan baru untuk kami anak-beranak tetapi untuk dirinya sendiri langsung tidak ada. Papa hanya memakai semula baju raya lusuh yang sudah dimamah usia bertahun lamanya. Owh papa, Adie terharu. Adie sayang papa. Papalah Hero Adie yang sentiasa menjaga langkah Adie..


Pengurus dalam keluarga Adie, mama, Zaiton Adanan. Mama orangnya pun tegas dalam agama, sentiasa menyuruh solat. Suaranya lembut berkata " Dah, solat? ". Adie rindu suara tu. Mama sememangnya kuat meleter. hee Tapi itu yang membina kami adik- beradik. Kalau kami ada masalah, mesti mama pun seolah merasa kesedihan yang kami alami. Owh mama, lembutnya hatimu menyayangi kami, tak ternilai darah yang mencurah keluar ketika kami berempat dilahirkan dan tak terbalas kasihmu ketika menjaga kami apabila kami sakit. Masih Adie ingat, masa tu Adie masih kecil dan jatuh sakit sampaikan tak ada selera. Mama buatkan popia kegemaran, dan mama yang suapkan Adie supaya Adie makan. Owh mama, rindu saat mama jaga Adie. Mama kalau berceramah memang ada benarnya, seolah mama tau segalanya. Thats why kena dengar cakap mama dan papa. Mama, Adie teringat ketika mama mengusap-usap lembut rambut Adie masa Adie tidur di paha mama. Masa tu Adie belum tidur, Adie selesa dengan belaian tu. Rindunya.. Mmmm, masakan mama pun Adie sangat Rindu. Sedap sangat masakan mama walaupun masakan yang simple saja. Kenapalah Adie tak sehebat mama.. Kalaulah Adie pun pandai memasak, boleh juga Adie masakkan untuk sekeluarga. Mama, tak ternilai jasa mama pada Adie. Adie sayang mama. Mamalah Angel Adie yang selalu ada di sisi Adie.


Adie sangat SAYANG PAPA dan MAMA