Thursday, February 28, 2013

TERKINI.. DI LAHAD DATU, SABAH

 Assalamualaikum w.b.t.
tadi pagi adie ada post tentang tembak-menembak yang berlaku di Lahad Datu..
Ok, adie nak cerita tentang keadaan di Lahad Datu 
memandangkan adie sendiri tinggal di sini..

Tadi dalam jam 11 am adie dan kembar adie
jalan ke bandar Lahad Datu.
Pada masa itu, perintah berkurung telah dinyatakan
dan ramai orang berlari sambil berkata '' Lari, lari ada peperangan''.
Seriously, adie masa tu hairan tapi adie alert sikit sebab masa tu
banyak kedai2 tutup dengan tergesa-gesa.
Polis dan tentera pun berkeliaran 
dibandar ni..
Patut la beberapa hari ni,
kedengaran helikopter lalu lalang di rumah adie..

cuba korang tengok gambar-gambar ni.. kosong je tempat.
dulu tempat ni selalu kerumuni orang ramai..






rumah adie dekat je dengan bandar.. jadi boleh tengok apa
yang sudah berlaku disini..
masa adie tengah cuci piring, ternampak polis dengan senjata api sedang 
meronda-ronda bandar..
takut juga tengok, yelah
tiba-tiba je benda ni terjadi tanpa amaran..

-read this news from Philippines..



-info dari PDRM;

TEMBAKAN DIDENGARI DI KAMPUNG TANDUO
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan berlaku insiden

tembakan di Kampung Tanduo,
Lahad Datu tetapi menegaskan
bahawa pasukan keselamatan
Malaysia tidak melepaskan
tembakan.
"Saya mengesahkan pasukan
keselamatan kita tidak
melepaskan walau satu das
tembakan pun, sebaliknya
ditembak pada 10 pagi ini !"
katanya dalam mesej tweet tanpa
menyebut sama ada operasi
dijalankan untuk menahan
penceroboh bersenjata itu.
Sementara itu, Hishammuddin
memberitahu sidang media di sini
bahawa Malaysia telah memberi
tempoh sewajarnya untuk
mengusir kira-kira 150
penceroboh itu supaya berundur
dan pulang ke tanah air mereka.
Malah, beliau berkata Malaysia
sudah banyak berlembut dengan
memberi ruang secukupnya
dalam beberapa siri rundingan
dan kaedah diplomasi.
"Saya mengingatkan kumpulan
penceroboh yang memasuki
negara ini agar tidak menuduh
Malaysia tidak beri waktu dan
ruang secukupnya kepada
mereka untuk berundur dari
negara ini.
"Malaysia sudah banyak
berlembut dengan cara
rundingan dan diplomasi,"
katanya kepada pemberita
selepas perjumpaan dengan
Pergerakan Pemuda Malaysia
Palestin di Jabatan Pertahanan
Awam. - BERNAMA


-news from bernama..



-2 komander Malaysia terbunuh, 10 penceroboh mati
boleh klik disini untuk berita selanjutnya.



what I want to say is, PRAY FOR LAHAD DATU..
siapa yang mulakan tembakan itu isu belakang,
yang didahulukan siapa yang menceroboh negara..
semoga pihak polis, tentera dan anggota yang terlibat selamat
dan mengembalikan ketenteraman semula.

now at bandar Lahad Datu, 
 sangat sunyi sepi dan kelihatan polis dan tentera meronda dikawasan adie ni..



TEMBAK-MENEMBAK Lahad Datu..

Assalamualaikum w.b.t.



adie nak bagitahu, kat Lahad Datu tempat adie ni huru-hara
baru2 tadi.
lokasi tembak-menembak adalah di Kg. Tanduo
namun tempiasnya sampai ke bandar Lahad Datu
menyebabkan keadaan sangat kucar-kacir ketika itu.

ramai yang tergesa-gesa lari..
ada juga askar meronda di tempat rumah adie ni..
tadi masa adie jalan-jalan dengan kembar adie,
orang ramai suruh lari dari pekan..
'ada peperangan'  diungkap berkali-kali dimulut orang tua tersebut
sambil berlari.
kelihatan polis, tentera pun berkeliaran
di sini
klik sini untuk video..

ya Allah selamatkan kami..
Doakan adie selamat disini..

Tak semestinya bertudung labuh itu....




p/s: muslimah yang bertudung labuh sebenarnya untuk memenuhi
syariat Islam dalam menutup aurat dengan sempurna.
bukan sebab mereka ni bekas budak sekolah agama,
bukan juga ustazah...
molek kan gini, bukan sejuk mata je,
hati pun sejuk tengok.. hehe


Saturday, February 23, 2013

Tentang 3 Yang Perlu Diketahui




Dari Ustaz Mohd Izhar Ariff, katanya :

➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

➢ Ada 3 Hal yang dpt menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

➢ Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

➢ Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

➢ Ada 3 Hal dlm hidup yang tidak pernah pasti : 1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

➢ Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

➢ Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

➢ Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

TOWER OF HEAVEN, LAHAD DATU SABAH

Assalamualaikum w.b.t.
biarlah gambar2 bercerita...









(pandangan bawah dari atas menara)












Thursday, February 21, 2013

Sunnah Nabi Guna JARI TELUNJUK untuk MENUNJUK sesuatu

Assalamualaikum w.b.t.




Biasanya kita menggunakan jari ibu untuk menunjuk bukan?
Kata orang lebih sopan dan tidak nampak kurang ajar
namun perkara yang sebenarnya penggunaan jari ibu ini adalah amalan yahudi.

Percaya atau tidak itulah kenyataannya..
Kenapa jari telunjuk?
Jari telunjuk adalah untuk menunjuk
Jari telunjuk lebih afdal.
Jadi amalkan sunnah nabi kita..

sebarkan ilmu, biar kita sama-sama tahu..

Jawapan Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu ini.
Klik sini

Wednesday, February 20, 2013

Kisah Pemuda bernama Tha'labah yang Cintakan Syurga..



Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."


Rintihan Tha'labah~

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"


Cita-citanya hanya Syurga~

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita :'(


c&p: sebarkan


SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT



Seksaan Semasa Hidup di Dunia
1) Umurnya tidak berkat.
2) Akn dihpuskan tanda2 orang soleh dri mukanya.
3) Tiap2 amal yg dikerjakanya tiada diberikn phala kepdanya.
4) Segala doanya tiada diperkenankn oleh Allah.
5) Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia
6) Tidak ada baginya bahagian drpd doa utk orang2 soleh.

Seksaan Keika Hendak Mati
1) Mati dalam kehinaan.
2) Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3) Mati dlm keadaan dahaga yg amat, sehinggakn jika dtuangkn ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga.

Seksaan di Alam Kubur
1) Kuburnya disempitkan.
2) Dinyalakan api, yg mna dia akn membalik-balikkan dirinya dalam bara api itu.
3) Allah mengarahkan ular yg besar, dnamakan "Shajkul Akrak", utk menyeksa si mayat. Ular itu akn berkata,"Sesungguhnya aku telah disuruh olh Tuhanku utk memukul engkau dr Subuh hingga Zuhur, sbb engkau sia2kan wktu Zuhur; dpukul pula hingga Asar, sbb engkau sia2kan wktu Asar..."Begitulah setrusnya setiap hari, siang dan mlm, sehingga hri kiamat.

Seksaan di Hari Kiamat
1) Allah memerintah malaikat azab menghela mereka orang yg tidak solat itu ke dalam neraka.
2) Allah menilik pda org yg tidak solat dgn tilikan yang murka.
3) Allah akan mengira org yg tidak solat itu kiraan yg paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerak, sebagaimana firman-Nya yg brmaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka mnjawab, "Kami tidak solat"

"Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"




Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.


"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.



Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerana subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.



Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.



Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.

''Sembunyikan kebaikan sepertimana kita sembunyikan ke’aiban''

Assalamualaikun w.b.t.


Contohnya, tak perlulah sebarkan kat media atau memberitahu orang ramai yang anda telah mendermakan wang beribu kepada rumah kebajikan kerana bukan ikhlas namanya kalau menyebarkan kebaikan diri sendiri, itu adalah 'takabbur' dan tak perlulah nak sebarkan keaiban sendiri seperti menceritakan keburukan diri sendiri atau keluarga anda kepada orang lain, Allah kan Maha Mendengar, jadi luahkan kepada-NYA..

Tuesday, February 19, 2013

Cara Islam nak pikat wanita


Her confession


Terus terang, pengakuan dia seperti juga diri adie yang dulu.
:'(

Nakkan tudung yang boleh tutup dada

Assalamualaikum w.b.t. 
hari ni adie nak luahkan pendapat adie sebagai bakal staff nurse..

Kalau kamu perasanla kan, uniform nurse kat Malaysia ni jenis ikut badan
dan tudung pula mesti dimasukkan kedalam uniform.
so, which mean it still dedahkan aurat, right?

*SEE THIS PICTURE



bukan apa, adie ni jenis bertudung yang mesti tutup bahagian dada dan bahu.
tapi kerana kerja sebagai nurse, lebihan tudung perlu dimasukkan ke dalam uniform.
kalau tengok kat semenanjung (tak tahu negeri mana) ada staff yang sudah
mengubah cara bertudung tanpa perlu memasukkan lebihan tudung ke dalam uniform seperti gambar diatas.

*SEE THIS PICTURE


Tapi adie tengok kat Sabah, masih belum ada lagi yang berpenampilan seperti gambar diatas
Mmm negara Malaysia diiktirafkan sebagai negara islam kan.
So pendapat adie, pemakaian staff jururawat perlulah melambangkan muslimah
seperti di Arab Saudi.

*SEE THIS PICTURE


Gambar diatas ni merupakan uniform jururawat di Arab Saudi.
Ditempat mereka, tudung mesti labuh, pakaian pun tidak ketat/longgar dan melebihi punggung.
At the end of my words, I hoping yang uniform jururawat kerajaan ni
seperti uniform jururawat di Arab Saudi..

Harap KKM boleh pertimbangkan hal ini.
Lagipun dari mata adie melihat, ramai juga muslimah yang bertudung labuh memilih kerjaya ini.
Jadi memang sukar bagi mereka yang sudah biasa
menutup dada untuk menonjolkan bahagian tersebut.

Apapun ini hanyalah pendapat adie sebagai muslimah.
  Adie memilih kerjaya ini ikhlas kerana Allah s.w.t.
Membantu ramai pesakit itu dikira pahala.
I love this job..

Monday, February 18, 2013

Pencerobohan di Felda, Lahad Datu, Sabah

Macam2lah news dari orang itu ini. Entah mana yang benar atau tipu semata. 
All of this news I just copy and paste..
adie ni dah tinggal kat Lahad Datu, risau tu memang ada.
tapi yang pasti abu sayaf dan tentera2nya memang berada di sini.
Pada mulanya gerakan abu sayaf ni datang ke Felda Sahabat pada 12 Februari.

*TENGOK GAMBAR DENGAN TELITI



1)Pada 14 Feb, Kota Kinabalu; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. 
Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. 
"Setakat ini rundingan berjalan dengan baik dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
-Berita Harian-

2)Keesokannya, 15 Feb, dari Media Pihak Polis Negeri Sabah: ''Harap maklum.. Jika polis tidak dapat berbincang dengan baik pada kumpulan dari negara Philipin sekarang ini, kemungkinan petang ini akan berlakunya peperangan di Felda Lahad Datu, Sabah. Polis telah mengawal pada semua tempat di Felda. Kepada penduduk2 Felda, sila bersiap sedia dan berhati-hati, dengar arahan dari pihak berkuasa. TERIMA KASIH''
-SUMBER hanyalah dari FB, tidak pasti akan kesahihannya-

3) JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN KES PENCEROBOHAN WARGA FILIPINA DI LAHAD DATU

KOTA KINABALU, 15 Feb - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menasihatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan khabar angin mengenai pelbagai andaian akan berlaku ekoran insiden pencerobohan sekumpulan warga Filipina ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.

Beliau berkata andaian itu tidak menggambarkan situasi sebenar, sebaliknya keadaan di kawasan situ setakat ini masih terkawal.

"Rundingan (dengan kumpulan itu) masih dijalankan dan kita akan hantar balik mereka yang masuk ke negara ini secara tidak sah atau salah.

"Berilah sedikit masa...kita yakin insiden dapat diselesaikan dengan baik. Ada pihak yang membuat pelbagai andaian...jadi saya minta rakyat Sabah bertenang dan tidak percaya khabar angin," katanya kepada pemberita ketika memberi laporan terbaru insiden itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
-BERNAMA-

*LOOK AT THIS PICTURE


4) And then terdengar lagi khabar, info dari FB;

"Rundingan antara pihak berkuasa dengan kumpulan dari filipina yang berada di Lahad Datu kini selesai..on the way pulang kampung sudah dorang semua..tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam hal ni"
-but, abu sayaf still here untill now.. macam tak betul???-

5) Penceroboh mahu jumpa 'seorang personaliti' sebelum keluar dari Sabah
2013/02/17 - 14:57:51 PM
TUNGKU (Lahad Datu): Kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini, sudah menyatakan persetujuan untuk keluar daripada kawasan berkenaan dan pulang ke negara asal.

Bercakap kepada pemberita di sini, sebentar tadi, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata kumpulan itu bagaimanapun mahu menemui 'seorang personaliti' terlebih dulu sebelum berbuat demikian.
Ia sekali gus menafikan laporan media Filipina bahawa kumpulan penceroboh yang mengaku Askar Diraja Sultan Sulu itu akan terus berada di kawasan berkenaan.
-Berita Harian-

*SEE THIS PICTURE




6) Pesanan dr PDRM. Hati2 skrg dan jgn byk pergerakan jauh2. Maklumat terkini ada lebih kurang 105 orang ahli abu sayyaf lengkap bersenjata berat dan ringan yg merupakan pengganas filipina sudah terlepas masuk ke felda sahabat 17 dan tambisan.. Diorg mau buat kacau di sabah.. Jadi ingat hati2. Tlg sampaikan pada kawan2 jg Latest fm SB, diterima drpd KSPP jam 7mlm tadi:
Maklumat di Kg Tanduao. Tg Labian Lahad Datu.
Terdapat 100 orang lelaki ahli MNLF di bawah Nur Maswari Kesultanan Sulu dari Sibutu dan Sipangkut diketuai hj Musa(wakil datu ajamudin adik sultan sulu ismail kiram) masuk ke lahad datu dan kini berkumpul di rumah rakan mereka Ahmad Malandi @ Mat Bom di kg Tanduao. Sumber nampak ada senjatapi berat tapi tak pasti kekuatannya. Sumber memaklumkan tujuan kumpulan ini utk menuntut aotunomi Sabah sebagai haknya sebelum pilihanraya. Seramai 6 org berpakaian jubah dan 26 lagi berpakaian celoreng tidak lengkap dgn bersenjata Amalite dan M14. mereka masih menunggu 70 lagi rakan mereka yg bercadang menyusup masuk menyertai kumpulan ini tidak berapa lama lagi. kawasan kampong ini telah di kepomg oleh pasukan keselamatan di sabah. perbincangan sb sabah dgn Dato' CP petang ini untuk menjalankan tugas operasi ditempat kejadian dgn mengunakan 1 kompeni PPGA dan 1 kompeni tentera 5th briget sedang di pertimbangkan. Ketika ini kumpulan ini juga telah mula mengadakan road block dijalan masuk ke kampung tersebut. kita masih meninjaui kekuatan tempor mereka bagi tindakan susulan. Pegawai saya ACP ZUL T/KCK 1sabah telah dihantar ketempat kejadian sebagai negociator dan utk dapatkan risikan lanjut. cc PAT, PTD, PTL, PTU, KS, AKS OLP
Salam YBhg Tan Sri, Datuk, Dato'.
Maklumat terbaru dari perisikan PASKAL menyatakan berkemungkinan besar malam ini dijangka 100 org lagi akan bergerak ke kawasan felda sahabat dari Pu. Bongao Filipina(jarak 30nm timur Tg Labian).

>KD PERAK, KD TODAK dan KM BANGI berada dlm kawasan operasi dan telah diarah meningkatkan pengawasan.

> KD JOHOR dan 2 buah CB dari Sandakan diarah utk belayar dan membantu mengawasi perairan Pu Tambisan dan Tg Labian menyertai KD TODAK dan KD PERAK.

> Bot CB 212 dan 214 membawa Tim Zebra dan Zulu akan berada di kawasan Tg Labian untuk membuat rondaan dan pengawasan rapi.

> Satu Platun dari 7 RAMD sekarang berada di Tg Labian dan satu Kompeni akan tiba Tg Labian malam ini.

> 3 buah bot PGM juga berada di kawasan Pu Tambisan dan Tg Labian.
-I'm not sure wheter this is true or not but in FB banyak dah post pasal kenyataan ni..-

7) Dan yang terbaru, rundingan kedua belah pihak tidak berjaya. Dan dikatakan penceroboh enggan keluar dari Sabah.

*SEE THIS PICTURE



###BACA BERITA SELANJUTNYA DISINI

8) Pada malam kelmarin, my father and I have got a message about 'rusuhan' yang akan berlaku di Kota Kinabalu, Keningau dan Lahad Datu. I'm not sure tentang kesahihannya tapi just beware and prepared untuk sebarang keberangkalian. Kata PDRM lagi, ini adalah maklumat palsu yang sengaja disebar-sebarkan.. So, I'm confused.. =_="


Terus terang adie tak tahu nak cakap apa, siapa yang tak risau kan kalau negeri sendiri yang dulunya aman tiba-tiba berlaku pula hal macam ni. Apapun adie sangat percaya kepada pihak tentera, polis dan mereka yang terlibat dalam ni boleh mengatasi masalah ini secepat mungkin dan mengembalikan semula ketenteraman negeri Sabah. Apapun doakan tempat adie ni tiada sebarang peperangan yang akan menyebabkan pertumpahan darah. Amin ya rabb. DOA senjata para mukmim.







TRANSFORM


kalau dulu ada bip dibahu menandakan masih student nurse,
In Sha Allah nanti kalau ada garis biru di atas tudung tu dah jadi staff nurse..

Kecomelan si MEOW.

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk tatapan sape yang minat kucing... 


















comel kan kucing ni.
terus adie teringat kisah Rasullullah s.a.w. dengan kucing peliharaannya yang bernama Mueeza.
Kisahnya boleh klik sini