Friday, September 30, 2011

Pengalamanku sebagai pelajar jururawat..



Aku masih seorang pelajar..
Ambil jurusan "nursing" di kolej bahagian kerajaan.. :)

Aku akui, ini bukannya satu kerelaan yang tulus
untuk aku terima jurusan ini pada mulanya.
Kataku ketika itu, 'Lantaklah, yang penting ada kerja'.

Pertama kali aku praktikal di hospital,
sebagai pelajar yang masih baru (tidak tahu apa2), aku merasa meluat, geli dan sebagainya untuk melakukan kerja-kerja seperti orang gaji...

aku jumpa pelbagai jenis manusia..
Ada yang suka melenting, ada yang suka marah2, ada juga yang peramah dan macam2 lagi.
aku sudah biasa ditegur, dimarah, dicaci dan kadang dilayan kasar semasa bertugas.
Memang hati terluka, pedih, sakit, benci sehingga membuatku menangis dan kadang berasa sesal memilih jurusan ini.

Namun, merekalah (pesakit2) mengajarku erti keikhlasan untuk membantu orang lain.
Persepsiku semakin lama semakin berubah apabila aku berjumpa pelbagai ragam pesakit.
Mereka telah menjadikan aku seorang yang sabar, tabah serta kuat.
Merekalah yang memotivasikan aku supaya menghargai keluarga dan kehidupan!

Inilah kerja seorang jururawat. Berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
Baruku menyedarinya, aku suka kerja sebegini. Kerja sebegini adalah satu kebajikan.
Malah dapat pahala kerana membantu orang. :)
Pengalaman yang sudah ku tempuhi hampir 2 tahun sebagai pelajar jururawat ini,
benar-benar mematangkan aku.

Wednesday, September 7, 2011

Life is Like a BooK.. :)


Kehidupan kita umpama buku.
Buku itu menyimpan semua memori kita.
Banyak tajuk-tajuk yang menceritakan tentang kehidupan seharian kita.

Kadang ada cerita sedih, ada juga cerita gembira.
Itulah kehidupan.
Buku itu disimpan untuk 'dibaca'(dikenang) pada hari yang lain.
Andai kamu sedih, mulakan saja 'tajuk' yang baru dan 'tulis semula'..
Andai kamu gembira, 'bacalah'(ingatlah) ia selalu.. :)




Sunday, September 4, 2011

Mengira hari-hari yang sudah berlalu...



Hari ni, dah raya yang ke-7..
Bagi adie, raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. 
mmm
Mungkin sebab seminggu je kat kampung.
Tak puas lagi nak pergi rumah saudara-mara untuk beraya..
Semangat raya adie hilang bila terpaksa bersendirian dibilik bertemankan 'lappy' je.
Padahal, cuti adie 2 minggu, 
seminggu ni habiskan masa kat bilik je tanpa ada suasana hari raya yang dikelilingi dengan keluarga tersayang.
Awal pula adie balik hostel ni..
aduh, Im starting missing my families and my kampung...


Saturday, September 3, 2011

DuiT RaYa

Huhu kalau dapat duit raya sapa x hepi.. hehehe
adie yang da mencecah 20 thun ni pun masi gakk dapat duit raya.. hehe
ALHAMDULILLAH rezeki tu..
Apapun Adie ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
Maaf Zahir dan Batin pada sesiapa yg mengenali diri adie.. ^__^