Friday, September 30, 2011

Pengalamanku sebagai pelajar jururawat..



Aku masih seorang pelajar..
Ambil jurusan "nursing" di kolej bahagian kerajaan.. :)

Aku akui, ini bukannya satu kerelaan yang tulus
untuk aku terima jurusan ini pada mulanya.
Kataku ketika itu, 'Lantaklah, yang penting ada kerja'.

Pertama kali aku praktikal di hospital,
sebagai pelajar yang masih baru (tidak tahu apa2), aku merasa meluat, geli dan sebagainya untuk melakukan kerja-kerja seperti orang gaji...

aku jumpa pelbagai jenis manusia..
Ada yang suka melenting, ada yang suka marah2, ada juga yang peramah dan macam2 lagi.
aku sudah biasa ditegur, dimarah, dicaci dan kadang dilayan kasar semasa bertugas.
Memang hati terluka, pedih, sakit, benci sehingga membuatku menangis dan kadang berasa sesal memilih jurusan ini.

Namun, merekalah (pesakit2) mengajarku erti keikhlasan untuk membantu orang lain.
Persepsiku semakin lama semakin berubah apabila aku berjumpa pelbagai ragam pesakit.
Mereka telah menjadikan aku seorang yang sabar, tabah serta kuat.
Merekalah yang memotivasikan aku supaya menghargai keluarga dan kehidupan!

Inilah kerja seorang jururawat. Berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
Baruku menyedarinya, aku suka kerja sebegini. Kerja sebegini adalah satu kebajikan.
Malah dapat pahala kerana membantu orang. :)
Pengalaman yang sudah ku tempuhi hampir 2 tahun sebagai pelajar jururawat ini,
benar-benar mematangkan aku.

No comments: