Wednesday, January 30, 2013

Wanita



"Wanita itu tidak seharusnya menjadi bulan, membiarkan lelaki boleh melihat apa yang sepatutnya ditutup,
tetapi wanita itu perlu menjadi matahari yang membuat mata lelaki tertunduk sebelum mereka melihat.."

Mendalam betul isi tersirat dalam ayat tu... :)

Budak-budak pun tahu..



Perbualan adie dengan adik lelaki adie , si Danish yang berumur 10 tahun.

Danish: "Adie (me), kenapa ada orang perempuan tidak pakai tudung?"
Me: *berfikir.. "Mungkin dorang tidak tahu"
Danish: "Yakah, kenapa pula? Dorang tidak tahukah kalau tidak pakai tudung tu kan berdosa? Nanti masuk neraka"
Me: Terdiam saya terus. Mampu tersenyum.

Apa yg adie nak tekankan disini, budak kecik pun tahu kalau tak tutup aurat tu berdosa. Ni kan lagi orang dewasa, orang yang berakal. Ramai yang tau hukum tutup aurat tu wajib, tapi pura2 buat tak tahu..

Tepuk dada, tanya iman..


Jom Amalkan Membaca Surah al-Kafh


Kelebihan surah al-kafh

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Kepentingan surah al-kafh

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

dipetik dari iluvislam.com

Monday, January 28, 2013

Rahsia as-solat..

Assalamualaikum w.b.t.
Sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu....
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " 

Sunday, January 20, 2013

Asal Usul Solat



1)Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

2)Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

3)Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

4)Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

5)Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Bertudung


Thursday, January 17, 2013

Pengalaman Irma Hasmi semasa tidak bertudung



Pencarian Bloglist!!


Assalamualaikum everyone, 
nak join tak contest ni???
huhu nak tahu lebih lanjut,
Ok, segmen ni dikelolahkan oleh siti zawiah.
Senang je nakjoin tau..

Syarat-syarat..
-Follow blog ni..
 -Like fanpage fb..
-Klik link ni .. tunggu sampai habis loading.
-Buat satu entry dan tempek banner kat atas tu..

#5 orang je akan tersenarai dalam bloglist..

Jom Join Giveaway!!!


My 1st time I'm join this giveaway..
Join for luck,
If I win,' syukran alhamdullillah', 
but if I didn't win, ' Well this is a game, there were will be only one winner, maybe not my lucky day'
Ok, firstly adie dapat tahu contest ni dari kawan adie, Mumun.
Thanks to her..
So, straight to the point, this giveaway was handle by Miss Aestherlyienda..
Please click here for more detail about this giveaway..

The rule is simple,
1- Follow her blog.. (Her blog really cute and simple)
2-Make a blog post about this giveaway 
( don't forget to include the banner above + link back to this post or my blog)
3. Tag 5 others to join in.

So, I will choose to tag for these lucky ladies :

Kata UAI


apabila kamu...

apabila menangis/marah/kecewa

segeralah ambil wudu'

tunaikan solat sunat

dan berdoa

Ingatlah,
Solat itu zikir penyucian hati.

BETAPA LUASNYA NERAKA...



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'


Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.'


Jawabnya: 'Ya... Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.


Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.


Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.


Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.


Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'


Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'


Jawab Jibril:
'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir'aun namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,


Pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar.


Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,


Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.


Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibril diam sejenak... Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'


Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'


Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'


Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai').


Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan, hal ini dapat menimbulkan keinsyafan kepada kita semua... Wallahu a'lam.

Al-Qur'an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Ucap & Amalkan

Listen..Listen..Listen
Ucapkanlah selalu..
Amalkan la selalu.. :)



Happy Birthday 17th... :)


today is my sister's birthday,
Nada Sakina
already 17 years old at 17/01/2013
Wish she will be a good person dunia dan akhirat..
Be a good muslimah dear.. :)
Saranghae.. <3

Wednesday, January 16, 2013

BerSyukurlah


Silent yourself


Buat renungan bersama ..


lelaki : saya sakit ustaz, macam mana nak solat.
ustaz : solat macam biasa, berdiri kalau mampu.

lelaki : kalau saya tak mampu berdiri?
ustaz : duduk pun boleh.

lelaki : duduk pun saya tak boleh, ustaz.
ustaz : baring pun tak apa.

lelaki : baring pun saya tak mampu dah.
ustaz : guna isyarat je lah kalau macam tu.

lelaki : nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. macam mana, ustaz.
ustaz : tunggu orang lain solatkan.

lelaki : boleh ke macam tu ustaz? biar betul.
ustaz : betul. kalau dah semua tu tak boleh buat. maknanya dah layak lah awak untuk dikuburkan.

Tuesday, January 15, 2013

" KUAT MAKAN vs TAK SEMBAHYANG "




Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh…

Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Natgeo di tv1… lepas tu sambung tengok Berita Perdana juga di tv1… lepas tu makan… lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu…

Satu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji…” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mengesyaki sesuatu.. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal…

Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi…” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… .agak-agaklaa…” katanya tersenyum..

“Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa…Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main damhaji tentu tak faham cerita ini… )…

kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena…

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim…tak tinggal sembahyang lagi…

Apa pengajaran cerita ini?

Ask yourself.. Bila lagi mahu berubahkan kalau bukan sekarang..
Jangan tunggu hidayah datang, kita yang perlu berusaha mencari hidayah.

10 perkara menyebabkan hati kita buta.


Semoga hati kita rasa terpukul. Tabarakallah (◕‿◕)

Sunday, January 13, 2013

10 ALASAN ISLAM MENGHARAMKAN MAKAN DAGING BABI



Makan daging babi dalam ajaran agama Islam itu diharamkan kenapa diharamkan kerana didalam daging babi banyak mengandung zat berbahaya dan penyakit sehinga jika sampai dimakan oleh umat muslim penyakit yang terkandung di dalamnya akan ikut masuk dalam tubuh manusia. Berikut ini ada beberapa fakta ilmiah yang ditemukan dari dalam daging babi sehinga Islam mengharamkan memakan daging babi ingin tahu apa aja itu simak 10 Alasan Ilmiah Kenapa Daging Babi Diharamkan Dalam Islam berikut ini:

1. Babi adalah container (tempat penampung) penyakit.

Beberapa bibit penyakit yang dibawa babi seperti Cacing pita (Taenia solium), Cacing spiral (Trichinella spiralis), Cacing tambang (Ancylostoma duodenale), Cacing paru (Paragonimus pulmonaris), Cacing usus (Fasciolopsis buski), Cacing Schistosoma (japonicum), Bakteri Tuberculosis (TBC), Bakteri kolera (Salmonella choleraesuis), Bakteri Brucellosis suis, Virus cacar (Small pox), Virus kudis (Scabies), Parasit protozoa Balantidium coli, Parasit protozoa Toxoplasma gondii.

2. Daging babi empuk. Meskipun empuk dan terkesan lezat, namun karena banyak mengandung lemak, daging babi sulit dicerna. Akibatnya, nutrien (zat gizi) tidak dapat dimanfaatkan tubuh.

3. Menurut Prof. A.V. Nalbandov (Penulis buku: Adap-tif Physiology on Mammals and Birds) menyebutkan bahwa kantung urine (vesica urinaria) babi sering bocor, sehingga urine babi merembes ke dalam daging. Akibatnya, daging babi tercemar kotoran yang mestinya dibuang bersama urine.

4. Lemak punggung (back fat) tebal dan mudah rusak oleh proses ransiditas oksidatif (tengik), tidak layak dikonsumsi manusia.

5. Babi merupakan carrier virus/penyakit Flu Burung (Avian influenza) dan Flu Babi (Swine Influenza).

Di dalam tubuh babi, virus AI (H1N1 dan H2N1) yang semula tidak ganas bermutasi menjadi H1N1/H5N1 yang ganas/mematikan dan menular ke manusia.

6. Menurut Prof Abdul Basith Muh. Sayid berbagai penyakit yang ditularkan babi seperti, pengerasan urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (Angina pectoris), radang (nyeri) pada sendi-sendi tubuh.

7. Dr. Murad Hoffman (Doktor ahli dan penulis dari Jerman) menulis bahwa Memakan babi yang terjangkiti cacing babi tidak hanya berbahaya, tapi juga menyebabkan peningkatan kolesterol tubuh dan memperlambat proses penguraian protein dalam tubuh. Ditambah cacing babi Mengakibatkan penyakit kanker usus, iritasi kulit, eksim, dan rheumatic serta virus-virus influenza yang berbahaya hidup dan berkembang di musim panas karena medium (dibawa oleh) babi.

8. Penelitian ilmiah di Cina dan Swedia menyebutkan bahwa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus dan usus besar.

9. Dr Muhammad Abdul Khair (penulis buku: Ijtihaadaat fi at Tafsir Al-Qur’an al Kariim) menuliskan bahwa daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan Trachenea lolipia. Cacing tersebut berpindah kepada manusia yang mengkonsumsi daging babi.

10. DNA babi mirip dengan manusia, sehingga sifat buruk babi dapat menular ke manusia. Beberapa sifat buruk babi seperti, Binatang paling rakus, kotor, dan jorok di kelasnya, Kemudian kerakusannya tidak tertandingi hewan lain, serta suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri dan Kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada di tempat yang basah dan kotor. Untuk memuaskan sifat rakusnya, bila tidak ada lagi yang dimakan, ia muntahkan isi perutnya, lalu dimakan kembali. Lebih lanjut Kadang ia mengencingi pakannya terlebih dahulu sebelum dimakan.

Menjaga Kesihatan Cara Islam



Dalam kitab Al-Qur'an ada mengajar kita supaya menjaga kesihatan seperti membuat amalan.

1. Mandi pagi sebelum subuh atau paling tidak, sejam sebelum matahari naik. Air dingin yang meresap ke dalam badan bisa mengurangi lemak mengumpul. Kita selalu lihat orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.


2. Rasulullah s.a.w. mengamalkan minum segelas air dingin (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


3. Waktu shalat Subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya satu minit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh ilmuwan yang meneliti kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ilmuwan telah menemukan beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Dalam kitab ini ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama ayam. di khuatirkan akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ve sedangkan dalam ikan mengandung ion-ve, jika dalam ayam bercampur dengan ikan maka terjadi reaksi biokimia yang terhasil yang bisa merusak usus kita.

5. Makanlah dengan menggunakan tangan kanan

Nabi juga mengajarkan kita makan dengan tangan kanan dan bila habis harus menjilat jari. Begitu juga ilmuwan telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Wallahu A'lam

Friday, January 11, 2013

KISAH PEMUDA SOMBONG DAN SI ULAMA



Suatu petang, ada seorang pemuda yang meminta kapada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama yg boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Pemuda: Anda siapa? Apakah anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?

Ulama: Saya hamba Allah & dengan izin-Nya, saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan banyak orang pintar pun, tidak mampu menjawab pertanyaan saya

Ulama: Sy akan mencuba sejauh kmampuan sy.

Pemuda: Saya punya 3 pertanyaan:

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan Takdir?

3. Kalau setan diciptakan dr api, knp dimasukan ke neraka yg dibuat dr api, tentu tdk menyakitkan buat setan sbab mrk memiliki unsur yg sm?
Apakah Tuhan tdk prnh berfikir sejauh itu?

Tiba2 Ulama tersebut Menampar pipi si pemuda dgn keras (sambil menahan sakit)

Pmd: Knp anda marah kepada sy?

Ulama: Sy tdk marah
Tamparan itu adalah jawabn sy atas 3 buah pertanyaan yg anda ajukan kpd saya

Pemuda: Saya sungguh2 tdk mengerti!

Ulama: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakn sakit!

Ulama: Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Ulama: Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda: Saya tidak bisa!

Ulama: Itulah jawaban pertanyaan pertama, kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Ulama: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh sy?

Pemuda: Tidak!

Ulama: Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak!

Ulama: Itulah yang dinamakan Takdir!

Ulama: Terbuat dari apa tangan yg sy gunakan tuk menampar anda?

Pemuda: kulit!

Ulama: Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: kulit!

Ulama: Bagaimana rasanya tamparan sy?

Pemuda: Sakit

Ulama: Walaupun Setan terbuat dari api & Neraka terbuat dari api, jika
Tuhan berkehendak maka Neraka akan mjdi tmpat menyakitkn tuk setan.......

TAUBAT si pemuda, bekas banduan..


Seorang pemuda yang baru keluar penjara setelah 10 tahun dipenjara sejak dari umurnya 18 tahun, singgah di sebuah kedai menjual kopiah berhampiran penjaranya.

Pemuda: "Abg, berapa harga satu kopiah ni?"

Bro: "RM30."

Pemuda: "Tak boleh kurang sikit?"

Bro: "Orang macam kau ni tak payahlah pakai kopiah." *tetiba*

Pemuda mendiamkan diri. Meletakkan kembali kopiah putih tersebut.

Bro: "Orang kalau dah tak baik, pakai kopiah macam mana pun tak akan dapat tudung kejahatan dia buat. Jangan rosakkan imej orang lain yang berkopiah pula. Tak payah pakailah, senang. Kalau pakai, tapi perangai macam syaitan bukan ke hipokrit, munafik namanya? Berpura-pura baik dengan imej berkopiah di hadapan orang. Yang di facebook pula sibuk letak imej berkopiah untuk melariskan diri sendiri dengan imej yang baik. Hak tuih!"

Pemuda: "Tak mengapalah macam tu bang. Jangan risau, saya tak beli kopiah ni. Saya pun tak mampu beli kopiah harga ni."

Bro: "Ha bagus. Dah, aku nak meniaga. Ko pergi mengemis tempat lain boleh? Aku dah kenal ramai la yang keluar penjara macam kau ni. Suka dapatkan simpati."

Pemuda menundukkan kepala, cuba berlalu dari situ. Tapi ditahan oleh seorang pakcik.

Pakcik: "Nanti, biar pakcik belikan."

Pakcik segera menghulurkan note RM30 kepada penjual kopiah.

Pakcik: "Biarlah dia nak pakai kopiah. Kopiah tu kan dari pakaian orang Islam juga. Kemas sikit, tak adalah nampak serabai sangat rambutnya."

Bro :"Pakcik tak payahlah kesian sangat dekat budak ni."

Pakcik: "Samada dia hipokrit atau tidak, baik atau tidak, itu urusan dia dengan Allah. Tugas kita adalah menegur dia jika dia salah, tunjuk dan bimbing dia jika dia hilang arah.

Biarlah dia pakai kopiah, sekurang-kurangnya bila dia nak buat maksiat, dia ingat kopiah di kepalanya. Mula-mula rasa malu pada kopiah. Dari malu kepada kopiah, timbul malu kepada Tuhan. Dengan memakai kopiah, mungkin dia akan malu memandang aurat gadis-gadis di sekelilingnya lalu menundukkan pandangan."

Bro: "Dah tu, yang dalam facebook tu apa cite plak?"

Pakcik: "Terpulang pada niat masing-masing:

1. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka dapatlah pahala.
2. Jika niatnya nak memancing wanita, maka mungkin dapatlah apa yang dihajati tapi tidak mungkin dapat Allah kerana tidak ikhlas.
3. Jika niatnya supaya orang lebih tertarik kepada Islam dengan imej sopan yang ditunjukkan, Alhamdulillah...bagus.
4. Kadang-kadang orang lebih mudah berikan kepercayaan pada yang berimej baik dan sopan dari yang berimej sebaliknya. Lebih dipercayai berbanding mereka yang membawa imej misalnya terlampau rock, yang akhirnya menyebabkan mereka kurang diberikan kepercayaan.
5. Orang yang berpura-pura dengan berimej Islamik dan bertopengkan agama di Facebook, ilmu bermanfaat yang disebarkan dapatlah pahala untuk part tu. Tapi dari segi keikhlasan, dia ada masalah dengan Allah. Dia kena muhasabah balik, betulkan niat. Tak guna disukai orang, tapi dibenci oleh Allah."

Bro mengangguk-angguk malas seraya beralih ke customer yang lain. Malas nak layan celoteh pakcik.

Tiba-tiba pemuda tersebut memeluk pakcik tersebut dengan deraian air mata.

Pemuda: "Selama 10 tahun saya berada di penjara, 5 tahun saya enggan solat. Namun apabila pertama kali saya cuba solat di dalam penjara dengan memakai kopiah penjara, saya rasa tenang sangat-sangat. Saya akhirnya bersolat. Bila melihat wajah saya dalam cermin dengan berkopiah, rasa macam tak percaya. Nampak tenang dan tak serabut seperti selalu. Sejak dari hari tu, saya berazam hari pertama saya keluar penjara saya nak beli kopiah saya sendiri..saya nak berhijrah.."

Pakcik: "Alhamdulillah..namun ingatlah, penghijrahan bukan sahaja bermula dengan imej Islamik, tetapi lebih penting lagi di sini." (sambil menunjuk ke arah dada pemuda tersebut)

Usai bersalaman, pakcik meminta diri dari pemuda tersebut dan berlalu pergi. Sekilas, pemuda teringat dia belum lagi mengucapkan terima kasih. Ditolehnya ke belakang, namun pakcik tersebut dah tiada. Hilang sekelip mata.

Pemuda tercari-cari, berlari-lari ke segenap arah. Namun tidak dijumpai kelibat pakcik. Hampa. Mengeluh seketika.

Namun dalam hatinya kini ada dua penghargaan:

"Terima kasih, pakcik."
"Terima kasih Allah."

Hukum Mengucapkan Selamat Hari Natal @ Merry Christmas




Christian : baik, kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Christmas padaku?


Muslim : Oh tidak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu, 
tapi masalah ini, agama saya melarangnya...



Christian : tapi kenapa, bukankahhanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, 
mengucapkannya kepada aku ?

Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya... David, kau
boleh mengucapkan dua kalimat syahadat, dalam bahasa melayu pun tak mengapa ?

Christian : oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya...Itu akan mengganggu kepercayaan saya
selama ini...

Muslim : kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah ...

Christian : sekarang........., saya mengerti..

Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Natal/Hari
Christmas & Tahun Baru krn ada dalam Hadist Nabi:
 "Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat
kepada Agama Lain Bererti ia
Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" 
(HR.Bukhari Muslim)
Menghuraikan bahawa orang islam tidak boleh meniru perbuatan yang bertentangan
dengan Islam oleh kaum bukan muslim.



Orang sekarang tidak sedar bahawa apabila mengatakan Selamat Hari Krismas kepada orang lain, sebenarnya kamu BERSETUJU bahawa Yesus Kristus telah dilahirkan pada 25 Disember dan anda juga bersetuju bahawa dia adalah anak Tuhan... Na'uzubillah, itulah yang sebenarnya syirik.



Kaedah penculikan terbaru.. Hati2!!




HARUS BACA ! 

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai. 

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa. 

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua. 

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. 


Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! 


Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia ! 

Jadikan amalan : 


1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 


2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 


3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam 


Thursday, January 10, 2013

KISAH BENAR tentang Kehidupan kanak-kanak miskin yang bernama Zhang Da




(( MOTIVASI buat KITA))

- lepas baca silakan share kerana adie sendiri copy dari page FB adie
page yang bertajuk Bercinta Selepas Nikah -

Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi kerana tidak sanggup lagi untuk mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya & tiada harta. Dan dia tidak mahu membantu keluarganya..

Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Dia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, & sebagainya..

Yang sangat menjadi inspirasi, dia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, dia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memilih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, dia tinggalkan dan berubah ke tumbuhan berikutnya. Sangat bertuah kerana dia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun..

Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. dia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya dia gunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk dia pelajari..

Zhang Da ternyata cerdas. Dia tahu ayahnya bukan hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Kerana tidak mampu membawa ayahnya berjumpa doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara untuk menyuntik. Dia membeli buku tentang mempelajari cara menyuntik. Setelah boleh, dia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin kepada ayahnya..

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya sehingga lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata dia menjadi tokoh terpilih yang termuda..

Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab," katanya.

Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui television, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.

Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapannya. pengacara masih mengingatkannya lagi. "Sebut saja!" kata pengacara menegaskan.

Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. "Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.

Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, TETAPI SEORANG IBU & JUGA KASIH SAYANG DARIPADA IBUNYA ITU SANGAT TIDAK TERNILAI~