Thursday, January 10, 2013

KISAH BENAR tentang Kehidupan kanak-kanak miskin yang bernama Zhang Da




(( MOTIVASI buat KITA))

- lepas baca silakan share kerana adie sendiri copy dari page FB adie
page yang bertajuk Bercinta Selepas Nikah -

Zhang Da menanggung beban hidup yang berat ketika usianya masih sangat muda. Tahun 2001, ketika usianya mencecah 10 tahun, Zhang Da mesti menerima kenyataan ibunya lari dari rumah. Ibunya keliru kerana tidak tahan dengan kemiskinan yang dihadapi keluarganya. Yang lebih tragis, ibunya pergi kerana tidak sanggup lagi untuk mengurus suaminya yang lumpuh, tidak berdaya & tiada harta. Dan dia tidak mahu membantu keluarganya..

Maka Zhang Da yang tinggal berdua dengan ayahnya yang lumpuh, terpaksa mengambil-alih semua tanggungjawab keluarga. Dia harus mengurus ayahnya, mencari rezeki, memasaknya, memandikan ayahnya, mencuci pakaian, mengubati ayahnya, & sebagainya..

Yang sangat menjadi inspirasi, dia tidak mahu berhenti sekolah. Setelah mengurus ayahnya, dia pergi ke sekolah berjalan kaki melewati hutan kecil dengan mengikuti jalan menuju tempatnya mencari ilmu. Selama dalam perjalanan, ia makan apa saja yang boleh mengenyangkan perutnya, mulai dari memakan rumput, dedaunan, dan jamur-jamur untuk memberi tenaga. Tidak semua boleh jadi bahan makanannya, ia memilih berdasarkan pengalaman. Jika satu tumbuhan di rasa tidak sesuai dengan lidahnya, dia tinggalkan dan berubah ke tumbuhan berikutnya. Sangat bertuah kerana dia tidak memakan tumbuhan atau herba yang beracun..

Usai sekolah, agar dirinya boleh membeli makanan dan ubatan untuk ayahnya, Zhang Da bekerja sebagai tukang batu. dia membawa keranjang di punggung dan keluar menjadi pemecah batu. Upahnya dia gunakan untuk membeli pelbagai keperluan seperti ubat-ubatan untuk ayahnya, bahan makanan untuk berdua, dan sejumlah buku untuk dia pelajari..

Zhang Da ternyata cerdas. Dia tahu ayahnya bukan hanya memerlukan ubat yang harus diminum, tetapi juga memerlukan ubat yang harus disuntikkan. Kerana tidak mampu membawa ayahnya berjumpa doktor atau ke klinik terdekat, Zhang Da justeru mempelajari bagaimana cara untuk menyuntik. Dia membeli buku tentang mempelajari cara menyuntik. Setelah boleh, dia membeli jarum suntikan dan ubatnya lalu menyuntikkannya secara rutin kepada ayahnya..

Kegiatan merawat ayahnya terus dijalaninya sehingga lima tahun. Rupanya kegigihan Zhang Da yang tinggal di Nanjing, Provinsi Zhejiang, menarik perhatian pemerintahan setempat. Pada Januari 2006 pemerintah China mengadakan penghargaan peringkat nasional pada tokoh-tokoh inspirasi peringkat nasional. Dari 10 nama yang dipilih, satu di antaranya terselip nama Zhang Da. Ternyata dia menjadi tokoh terpilih yang termuda..

Acara tersebut diadakan melalui siaran langsung dimedia secara nasional. Zhang Da diminta tampil ke depan pentas. Seorang pengacara bertanya kenapa dia mahu berkorban seperti itu padahal dirinya masih kanak-kanak. "Hidup mesti terus berjalan. Tidak boleh menyerah, tidak boleh melakukan kejahatan. Mesti menjalani hidup dengan penuh tanggung jawab," katanya.

Setelah itu terdengar tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Pengacara bertanya pada dia lagi. "Zhang Da, sebut saja apa yang kamu mahu?, sekolah di mana?, dan apa yang kamu inginkan? Berapa banyak duit yang kamu perlukan sehingga kamu habis belajar dan mahu sambung belajar di mana. Pokoknya apa yang kamu mahu sebutkan sahaja. Di sini ada banyak pejabat, perniagaan, dan orang terkenal yang hadir. Saat ini juga ada ratusan juta orang yang sedang melihat kamu melalui television, mereka boleh membantumu!" Jelas pengacara.

Zhang Da terdiam. suasana menjadi sunyi menunggu ucapannya. pengacara masih mengingatkannya lagi. "Sebut saja!" kata pengacara menegaskan.

Zhang Da yang saat itu sudah berusaha 15 tahun pun mulai membuka mulutnya dengan bergetar. Semua hadirin di situ, dan juga jutaan orang yang menyaksikannya secara langsung melalui television, terdiam menunggu apa yang diinginkan oleh Zhang Da. "Saya mahu mama kembali. Mama kembalilah ke rumah, aku boleh membantu papa, aku boleh cari makan sendiri. Mama kembalilah!" kata Zhang Da yang disambut titisan air mata terharu para penonton.

Zhang Da tak meminta hadiah duit atau kebendaan atas keikhlasannya berbakti kepada orang tuanya. Sedangkan pada masa itu tetamu yang hadir boleh membantu menolongnya. Di mata Zhang Da, mungkin kebendaan boleh dicari mengikut dengan keperluannya, TETAPI SEORANG IBU & JUGA KASIH SAYANG DARIPADA IBUNYA ITU SANGAT TIDAK TERNILAI~

No comments: