Friday, August 14, 2015

Hubungan Sesama Manusia dalam Islam

Assalamualaikum,
dari FB Nur Sadrina


Kita tak boleh buat semua orang sukakan kita, baik manapun kita kalau orang tak suka tetap takkan suka. Tapi saya percaya sentiasa bersangka baik dan berbuat baik kepada orang yang tak suka kita adalah patut supaya orang yang tak suka kita tu akan sedar dalam islam kalau buat jahat sekalipun tidak akan menguntungkan melainkan ianya akan menghitamkan hati.
Kalau ingat solat sekalipun kalau tak jaga hubungan silaturrahim, Allah tetap murka kerana Allah sangat mementingkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”. (Surah Ali-Imran ayat 112).
Tiada istilah dalam islam 'mulut aku jahat manapun, hatiku baik macam angel" sebab dalam islam kalau mulut dah laser suka sakitkan hati orang lain, maka ia sama seperti ahli neraka lain. Menurut sebuah riwayat, seorang sahabat telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Ada seorang wanita terkenal dengan banyak melakukan solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sering mengganggu jirannya dengan lidah.” Rasulullah menjawab dengan ringkas, “Dia ahli neraka.” Wanita tersebut seorang ahli ibadat yang rajin. Kerana beliau sering menyakiti tetangganya dengan lidah, destinasi beliau adalah neraka.' 



Lidah ni bahaya, lebih bahaya dari tajamnya sebilah pisau.