Thursday, February 28, 2013

TERKINI.. DI LAHAD DATU, SABAH

 Assalamualaikum w.b.t.
tadi pagi adie ada post tentang tembak-menembak yang berlaku di Lahad Datu..
Ok, adie nak cerita tentang keadaan di Lahad Datu 
memandangkan adie sendiri tinggal di sini..

Tadi dalam jam 11 am adie dan kembar adie
jalan ke bandar Lahad Datu.
Pada masa itu, perintah berkurung telah dinyatakan
dan ramai orang berlari sambil berkata '' Lari, lari ada peperangan''.
Seriously, adie masa tu hairan tapi adie alert sikit sebab masa tu
banyak kedai2 tutup dengan tergesa-gesa.
Polis dan tentera pun berkeliaran 
dibandar ni..
Patut la beberapa hari ni,
kedengaran helikopter lalu lalang di rumah adie..

cuba korang tengok gambar-gambar ni.. kosong je tempat.
dulu tempat ni selalu kerumuni orang ramai..






rumah adie dekat je dengan bandar.. jadi boleh tengok apa
yang sudah berlaku disini..
masa adie tengah cuci piring, ternampak polis dengan senjata api sedang 
meronda-ronda bandar..
takut juga tengok, yelah
tiba-tiba je benda ni terjadi tanpa amaran..

-read this news from Philippines..



-info dari PDRM;

TEMBAKAN DIDENGARI DI KAMPUNG TANDUO
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein
mengesahkan berlaku insiden

tembakan di Kampung Tanduo,
Lahad Datu tetapi menegaskan
bahawa pasukan keselamatan
Malaysia tidak melepaskan
tembakan.
"Saya mengesahkan pasukan
keselamatan kita tidak
melepaskan walau satu das
tembakan pun, sebaliknya
ditembak pada 10 pagi ini !"
katanya dalam mesej tweet tanpa
menyebut sama ada operasi
dijalankan untuk menahan
penceroboh bersenjata itu.
Sementara itu, Hishammuddin
memberitahu sidang media di sini
bahawa Malaysia telah memberi
tempoh sewajarnya untuk
mengusir kira-kira 150
penceroboh itu supaya berundur
dan pulang ke tanah air mereka.
Malah, beliau berkata Malaysia
sudah banyak berlembut dengan
memberi ruang secukupnya
dalam beberapa siri rundingan
dan kaedah diplomasi.
"Saya mengingatkan kumpulan
penceroboh yang memasuki
negara ini agar tidak menuduh
Malaysia tidak beri waktu dan
ruang secukupnya kepada
mereka untuk berundur dari
negara ini.
"Malaysia sudah banyak
berlembut dengan cara
rundingan dan diplomasi,"
katanya kepada pemberita
selepas perjumpaan dengan
Pergerakan Pemuda Malaysia
Palestin di Jabatan Pertahanan
Awam. - BERNAMA


-news from bernama..



-2 komander Malaysia terbunuh, 10 penceroboh mati
boleh klik disini untuk berita selanjutnya.



what I want to say is, PRAY FOR LAHAD DATU..
siapa yang mulakan tembakan itu isu belakang,
yang didahulukan siapa yang menceroboh negara..
semoga pihak polis, tentera dan anggota yang terlibat selamat
dan mengembalikan ketenteraman semula.

now at bandar Lahad Datu, 
 sangat sunyi sepi dan kelihatan polis dan tentera meronda dikawasan adie ni..



No comments: