Monday, February 18, 2013

Pencerobohan di Felda, Lahad Datu, Sabah

Macam2lah news dari orang itu ini. Entah mana yang benar atau tipu semata. 
All of this news I just copy and paste..
adie ni dah tinggal kat Lahad Datu, risau tu memang ada.
tapi yang pasti abu sayaf dan tentera2nya memang berada di sini.
Pada mulanya gerakan abu sayaf ni datang ke Felda Sahabat pada 12 Februari.

*TENGOK GAMBAR DENGAN TELITI



1)Pada 14 Feb, Kota Kinabalu; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina. 
Beliau berkata, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. 
"Setakat ini rundingan berjalan dengan baik dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
-Berita Harian-

2)Keesokannya, 15 Feb, dari Media Pihak Polis Negeri Sabah: ''Harap maklum.. Jika polis tidak dapat berbincang dengan baik pada kumpulan dari negara Philipin sekarang ini, kemungkinan petang ini akan berlakunya peperangan di Felda Lahad Datu, Sabah. Polis telah mengawal pada semua tempat di Felda. Kepada penduduk2 Felda, sila bersiap sedia dan berhati-hati, dengar arahan dari pihak berkuasa. TERIMA KASIH''
-SUMBER hanyalah dari FB, tidak pasti akan kesahihannya-

3) JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN KES PENCEROBOHAN WARGA FILIPINA DI LAHAD DATU

KOTA KINABALU, 15 Feb - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menasihatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan khabar angin mengenai pelbagai andaian akan berlaku ekoran insiden pencerobohan sekumpulan warga Filipina ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.

Beliau berkata andaian itu tidak menggambarkan situasi sebenar, sebaliknya keadaan di kawasan situ setakat ini masih terkawal.

"Rundingan (dengan kumpulan itu) masih dijalankan dan kita akan hantar balik mereka yang masuk ke negara ini secara tidak sah atau salah.

"Berilah sedikit masa...kita yakin insiden dapat diselesaikan dengan baik. Ada pihak yang membuat pelbagai andaian...jadi saya minta rakyat Sabah bertenang dan tidak percaya khabar angin," katanya kepada pemberita ketika memberi laporan terbaru insiden itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan, dekat sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
-BERNAMA-

*LOOK AT THIS PICTURE


4) And then terdengar lagi khabar, info dari FB;

"Rundingan antara pihak berkuasa dengan kumpulan dari filipina yang berada di Lahad Datu kini selesai..on the way pulang kampung sudah dorang semua..tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam hal ni"
-but, abu sayaf still here untill now.. macam tak betul???-

5) Penceroboh mahu jumpa 'seorang personaliti' sebelum keluar dari Sabah
2013/02/17 - 14:57:51 PM
TUNGKU (Lahad Datu): Kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini, sudah menyatakan persetujuan untuk keluar daripada kawasan berkenaan dan pulang ke negara asal.

Bercakap kepada pemberita di sini, sebentar tadi, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata kumpulan itu bagaimanapun mahu menemui 'seorang personaliti' terlebih dulu sebelum berbuat demikian.
Ia sekali gus menafikan laporan media Filipina bahawa kumpulan penceroboh yang mengaku Askar Diraja Sultan Sulu itu akan terus berada di kawasan berkenaan.
-Berita Harian-

*SEE THIS PICTURE




6) Pesanan dr PDRM. Hati2 skrg dan jgn byk pergerakan jauh2. Maklumat terkini ada lebih kurang 105 orang ahli abu sayyaf lengkap bersenjata berat dan ringan yg merupakan pengganas filipina sudah terlepas masuk ke felda sahabat 17 dan tambisan.. Diorg mau buat kacau di sabah.. Jadi ingat hati2. Tlg sampaikan pada kawan2 jg Latest fm SB, diterima drpd KSPP jam 7mlm tadi:
Maklumat di Kg Tanduao. Tg Labian Lahad Datu.
Terdapat 100 orang lelaki ahli MNLF di bawah Nur Maswari Kesultanan Sulu dari Sibutu dan Sipangkut diketuai hj Musa(wakil datu ajamudin adik sultan sulu ismail kiram) masuk ke lahad datu dan kini berkumpul di rumah rakan mereka Ahmad Malandi @ Mat Bom di kg Tanduao. Sumber nampak ada senjatapi berat tapi tak pasti kekuatannya. Sumber memaklumkan tujuan kumpulan ini utk menuntut aotunomi Sabah sebagai haknya sebelum pilihanraya. Seramai 6 org berpakaian jubah dan 26 lagi berpakaian celoreng tidak lengkap dgn bersenjata Amalite dan M14. mereka masih menunggu 70 lagi rakan mereka yg bercadang menyusup masuk menyertai kumpulan ini tidak berapa lama lagi. kawasan kampong ini telah di kepomg oleh pasukan keselamatan di sabah. perbincangan sb sabah dgn Dato' CP petang ini untuk menjalankan tugas operasi ditempat kejadian dgn mengunakan 1 kompeni PPGA dan 1 kompeni tentera 5th briget sedang di pertimbangkan. Ketika ini kumpulan ini juga telah mula mengadakan road block dijalan masuk ke kampung tersebut. kita masih meninjaui kekuatan tempor mereka bagi tindakan susulan. Pegawai saya ACP ZUL T/KCK 1sabah telah dihantar ketempat kejadian sebagai negociator dan utk dapatkan risikan lanjut. cc PAT, PTD, PTL, PTU, KS, AKS OLP
Salam YBhg Tan Sri, Datuk, Dato'.
Maklumat terbaru dari perisikan PASKAL menyatakan berkemungkinan besar malam ini dijangka 100 org lagi akan bergerak ke kawasan felda sahabat dari Pu. Bongao Filipina(jarak 30nm timur Tg Labian).

>KD PERAK, KD TODAK dan KM BANGI berada dlm kawasan operasi dan telah diarah meningkatkan pengawasan.

> KD JOHOR dan 2 buah CB dari Sandakan diarah utk belayar dan membantu mengawasi perairan Pu Tambisan dan Tg Labian menyertai KD TODAK dan KD PERAK.

> Bot CB 212 dan 214 membawa Tim Zebra dan Zulu akan berada di kawasan Tg Labian untuk membuat rondaan dan pengawasan rapi.

> Satu Platun dari 7 RAMD sekarang berada di Tg Labian dan satu Kompeni akan tiba Tg Labian malam ini.

> 3 buah bot PGM juga berada di kawasan Pu Tambisan dan Tg Labian.
-I'm not sure wheter this is true or not but in FB banyak dah post pasal kenyataan ni..-

7) Dan yang terbaru, rundingan kedua belah pihak tidak berjaya. Dan dikatakan penceroboh enggan keluar dari Sabah.

*SEE THIS PICTURE



###BACA BERITA SELANJUTNYA DISINI

8) Pada malam kelmarin, my father and I have got a message about 'rusuhan' yang akan berlaku di Kota Kinabalu, Keningau dan Lahad Datu. I'm not sure tentang kesahihannya tapi just beware and prepared untuk sebarang keberangkalian. Kata PDRM lagi, ini adalah maklumat palsu yang sengaja disebar-sebarkan.. So, I'm confused.. =_="


Terus terang adie tak tahu nak cakap apa, siapa yang tak risau kan kalau negeri sendiri yang dulunya aman tiba-tiba berlaku pula hal macam ni. Apapun adie sangat percaya kepada pihak tentera, polis dan mereka yang terlibat dalam ni boleh mengatasi masalah ini secepat mungkin dan mengembalikan semula ketenteraman negeri Sabah. Apapun doakan tempat adie ni tiada sebarang peperangan yang akan menyebabkan pertumpahan darah. Amin ya rabb. DOA senjata para mukmim.







No comments: