Saturday, November 13, 2010

Takdir @ Cita2



  Aku masih ingat lagi, sewaktu aku di sekolah rendah, cikgu bertanya padaku, "Apa cita2 kamu?".. Aku terdiam sejenak memikir apa agaknya cita2ku apabila besar kelak.. Lalu aku menjawab, " Nak jadi guru macam cikgu.." . Cikgu tu tersenyum manis. Agaknya dia suka akan jawapanku itu. Ya, benar aku ingin menjadi seorang guru. Kenapa?? Sebab aku ingin mengajar anak2 di negeriku.. Aku ingin sekali mengubah nasib penduduk2 dinegeriku agar tidak terkecuali merasa kenikmatan kemodenan pemikiran dan gaya hidup.   
  Hinggalah satu hari apabila datang satu sepucuk surat dari Kementerian Kesihatan Bahagian Pengurusan Latihan, aku ditawarkan mengikuti kursus Diploma Kejururawatan. Pada mulanya aku akui agak sedih kerana itu bukanlah harapanku. Nampaknya pemohonanku untuk masuk maktab perguruan tidak layak. Bersinar-sinar harapan ibu ayah, aku terpaksa menerima tawaran ini. "Mungkin ada hikmahnya", bicara hati kecilku.
  Pernah banyak kali aku hampir berputus asa dan menangis di depan ayah kerana tidak tahan dengan cabaran kehidupan sebagai pelajar jururawat. Apatah lagi begitu payah untuk menyesuaikan diri di persekitaran yang baru seorang diri. Tapi dengan kata2 dorongan ayah dan kata2 semangat ibu, aku sahut cabaran ini sehinggalah aku boleh "Berjalan tanpa Tongkat"  (berdikari) sendiri.
  Kini hampir setahun aku dalam kursus Diploma Kejururawatan. Pelbagai cabaran pahit sebagai pelajar jururawat telah aku tempuhi berkat dorongan,sokongan dan doa ibu ayah. 
  Pertama kali aku praktikal di wad hospital, pelbagai perasaan bercampur baur. Aku takut untuk bertemu pelbagai ragam manusia. Aku tak pandai berbicara. Aku malu. Berhari2 praktis, berminggu2 aku amalkan, syukur alhamdullillah, aku telah biasa bertemu dengan orang ramai. Aku tidaklah pendiam sangat seperti dulu. Aku tidak lokek untuk berbicara.
  Walaupun aku tidak dapat menjadi seorang guru, sekurang-kurangnya sebagai Jururawat aku dapat membantu ramai orang dalam penjagaan kesihatan.
  Sebagai seorang pelajar jururawat, banyak perubahan positif yang telah aku dapat setelah bertugas di pelbagai wad di hospital. Ia banyak membantuku dari segi berkomunikasi disamping mengajarku mengenali pelbagai jenis ragam manusia. Ya aku patut akui, aku MULAI suka akan bidang yang ku ceburi. Betul kata ayah, "Janganlah memilih kerja". Benar kata ibu," Bersyukurlah kamu dapat kursus ni, beratus ribu yang memohon, kamu antara yang bertuah sebab terpilih".
Terima kasih ayah ibu. Sungguh benar nasihat kamu. Perhatian kalian terhadap anakanda amatlah dihargai dan aku perlukan, kerana ayah ibulah aku masih disini dan kerana ayah ibu juga aku mampu bertahan. 
Baru aku tahu, inilah takdir aku, sebagai seorang Jururawat..




2 comments:

Siti Nizam Samsudin said...

salam sad, visited here n follow u dear. keep it up..ngehehehe :)

Nur Sadrina (aDiE) said...

wasalam.. thnks dear mazin.. hee u too dear fren.. :)