Monday, March 25, 2013

''Cerita Lama''



Bila diungkit cerita lama,
mulalah perasaan bercampur-baur,
ada kalanya kenangan pahit bila teringat sakitnya seperti dihiris pisau.
kenangan manis pula, bila teringat tentunya membuat kita tersenyum sendirian.

Apapun yang kita buat dahulu,
sekiranya perkara baik maka teruskanlah kebaikan yang kita lakukan,
manakala
perkara jahat yang kita pernah lakukan dahulu
eloklah kita tinggalkan sebagai cerita yang tidak perlu diingat,
iaitu 'Cerita Lama'.

Kita manusia, tidak sempurna mana,
ada silapnya saja,
so, maafkan diri sendiri dan teruskan amal kebaikan disisi Allah..
DELETE cerita lama dan START cerita baru 
dengan mencipta semula karakter 'pelakon utama' iaitu anda sendiri.. 
Tak susah nak jadi susah, tak senang nak jadi senang.
tapi sesuatu perubahan itu tidak mustahil untuk mana-mana individu termasuk kita sendiri.
Berubahlah, kalau tak sampai bila nak tunggu..? Tunggu tua?
Mati itu tak menunggu dan mati itu mengejar kita setiap masa..
Wallahu'alam

No comments: