Friday, September 20, 2013

jom BERUBAH!!

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatoh..


Tentang Berubah. Apa yang patut diubah?
Semuanyalah.. Dari segi penampilan kita, cara hidup kita, dan amalan harian kita.


''Kalau kita rosak sekali jangan kita rosak selamanya..''

-Kalau dulu aku tak solat 5 waktu, sekarang solat aku penuh 5 waktu, kalau dulu aku tak pernah pegang al-quran, sekarang aku membaca al-quran, 
kalau dulu tudungku tak labuh mana, sekarang tudungku lebih labuh, 
kalau dulu aku terlalu sosial, sekarang aku menjaga adab pergaulan, kalau dulu...???-
memang banyak perkara dulu yang kita buat salah, now its time to start change.. kalau tidak, bila lagikan? nak tunggu hidayah? bila? saat sakratul maut? Allahu rabbi, takut tak sempat dah nak taubat.

 memang terlalu banyak dosa kita buat dari dulu hinggalah sekarang.. 
tak terfikirkah, 
''Bilalah aku nak taubat ni?", sedangkan mati itu akan mengejar kita bila-bila masa.


So, let start change.. 
Berubahlah kerana Allah S.W.T. :)

Kalau adie pula, adie sentiasa pegang ayat ni,
''siapa pun kita pada masa dahulu itu tidak penting, yang penting siapa kita di masa hadapan.. berubah tu memang susah tapi bukanlah satu perkara yang tidak mustahil''
Adie tahu kadang sesetengah orang rasa sangat susah sebab dari kecil lagi sudah terbiasa 
dengan kehidupan yang tidak terlalu menitikberatkan hal agama.


Kadang orang sekeliling rasa menyampah dengan perubahan kita.
IGNORE them..
Jangan malu untuk berubah. Biarlah orang kata kita bajet alim sekurang-kurangnya kita sedar kita ni banyak dosa daripada semakin lalai dengan dosa.
Pandangan Allah itu lebih penting daripada pandangan manusia. :)
.

Dulu adie memang bertudung, start umur 11 tahun lagi adie memang dah bertudung.
Walaupun adie bertudung tetap juga berdosa. Kenapa??
Bertudung, tapi menampakkan dada.
Bertudung tapi menampakkan susuk tubuh.
Bertudung tapi menampakkan lengan.
Bertudung tapi menampakkan kaki.
:') itulah keadaan adie dulu.

adie sebenarnya baru tahu apa yang dimaksudkan "menutup aurat dengan sempurna"
Dulu adie fikir asal bertudung, ok lah, tutup aurat juga.
Sedangkan ianya masih lagi dikategorikan tidak menutup aurat.. Allah, ;'(
Sebab itu pentingnya ilmu.
Pentingnya belajar agama untuk ilmu.
- Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

''Salah satunya tentang 4 golongan lelaki yang masuk neraka kerana wanita''


Dari situ adie berfikir, adie tak nak kerana dosa adie sendiri,
ayah adie pula yang masuk neraka. Adie tak nak ayah adie yang tanggung dosa adie.
Dari situ jugalah terdetik niat adie untuk betul-betul berubah.



2 comments:

Anonymous said...

i love u.. -your Scorpion-

Unknown said...
This comment has been removed by the author.