Monday, March 7, 2011

InFo ::KeLebiHan BerSeLaWat ke aTs RASULLULLAH S.A.W.::

Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa “Malaikat jibril, Mikail, Israfil, dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku."

Berkata Jibril A.S. :
”Wahai Rasulullah,barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya  & akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata Mikail A.S. :
“Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Malaikat Izrail pula berkata:
“Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi.”

Berkata pula Israfil:
“Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud kepada ALLAH S.W.T.  & aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga ALLAH S.W.T. mengampuni orang itu.”
   
  Dalam satu riwayat Sufyan As Sauri menceritakan; “Apabila bertawaf mengelilingi Kaabah, saya melihat seorang lelaki, dia membaca selawat kepada Rasulullah S.A.W.. Saya mendekatinya, lalu bertanya: “Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih, tahmid dan tahlil, justeru, hanya membaca selawat? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini?”, tanya orang itu. “Saya Sufyan As Sauri”,  jawab saya. "Baiklah akan aku ceritakan," kata lelaki tadi. Katanya: "Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku sedih sekali dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah." Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidur, aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah, lagi tampan. Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya dan aku belum mengenalinya. Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya, hingga dia berada di sisiku. "Ada apa kesusahanmu?" tanyanya." "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis. "Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata, "Jangan menangis, semua manusia mesti mati." "Tetapi wajahnya hitam legam. Tolonglah aku," aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan. Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya daripada asalnya. "Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku." Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian dia pun hendak kembali semula dari arah yang dia datang tadi. Melihat dia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, “Siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?" Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama. "Aku ini Muhammad,"  jawabnya. "Muhammad siapa?" aku meminta penerangan lagi. "Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Quran,"  jelasnya. Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. ‘Inilah dia Rasulullah.’ aku berkata dalam hatiku, lidahku kelu, tidak berkata apa-apa pun. "Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia dalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami hal buruk ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya. Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang berlaku dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku dalam mimpi tadi. Wajah ayahku kembali putih bersih dan bercahaya lebih daripada mulanya," kata lelaki itu.

Fadilat berselawat ke atas Nabi:
-Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.
- Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.
-Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.
-Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.
-Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.
-Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.
-Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.



~Mari mulakan berselawat kepada baginda, Nabi Muhammad S.A.W.~

No comments: