Sunday, March 6, 2011

si HAWA, apabila sudah Menangis...?

Kata orang, setiap gelak ketawa itu, pasti membawa tangisan juga akhirnya.
Pabila hati si hawa sudah 'tersentuh', nescaya akan menangis. Aduhai hawa, lembutnya hati kita.

"Allah swt berfirman: “Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)” 



Menurut kajian, terdapat 5 faktor yang mempengaruhi seseorang wanita (HAWA) itu menangis:

1- HORMON
  Perubahan hormon kaum HAWA ketika datang bulan (haid) memberikan reaksi kepada ketidakstabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi lebih mudah sensitif dan tersentuh yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

2- MANIPULASI
  Tidak dinafikan kebanyakan kaum HAWA menggunakan taktik menangis sebagai senjata untuk menawan hati insan malahan sebagai satu alat untuk memanipulasikan orang lain.

3- EMOSI KEIKHLASAN
  Faktor yang membuatkan si HAWA menangis adalah sebagai eksperasi emosi yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Contohnya apabila melihat kesusahan/kesakitan orang yang disayang sudah tentu membuatkan si HAWA menangis.

4- KEMARAHAN
  Si HAWA meluahkan perasaan marahnya yang tidak terhingga melalui tangisan. Berbeza dengan kaum ADAM, cenderung menggunakan kekerasan fizikal. 

5- KENANGAN
  HAWA, makhluk ALLAH swt yang beremosi berkeupayaan menangis apabila mengimbas kembali kenangan/memori yang lalu sama ada kenangan indah ataupun kenangan buruk.

Terdapat 10 Jenis Menangis Melalui Persepktif Islam (Menurut Ibnu Qayyim)

- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
- Menangis kerana takut
- Menangis kerana gembira
- Menangis kerana menghadapi penderitaan
- Menangis kerana terlalu sedih
- Menangis kerana terasa hina dan lemah
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang lain
- Menangis kerana terikut-ikut orang yang menangis
- Menangis munafik (berpura2)

Memang kaum HAWA lebih mudah menangis berbanding kaum ADAM. ALLAH menciptakan kaum HAWA lebih sensitif berbanding kaum ADAM. Adakah itu satu kelemahan? Tentulah tidak kerana sensitif ini menjadikan kehidupan si ADAM lebih bermakna. Tangisan si HAWA mampu menyedarkan si ADAM yang ego. Tangisan si HAWA juga mampu melembutkan hati si ADAM yang sedang marah dan memberikan kebahagiaan kepada si ADAM. Tangisan itu jangan dinilai hanya melalui airmata yang keluar, lihatlah ia pada suatu sudut pengorbanan yang membuatkan airmata itu jatuh.

Tetapi ketika si HAWA menangis kerana seseorang, bererti dia amat menyayangi orang itu.
Si HAWA tidak mudah menangis melainkan didepan orang yang dia sayang/percaya sahaja dia menurunkan rasa EGOnya. 

Si HAWA menangis BUKAN kerana menunjukkan bahawa dia lemah.
Si HAWA menangis BUKAN kerana dia menginginkan simpati atau rasa belas kasihan. 

Tetapi si HAWA menangis kerana kasih sayang, keikhlasan dan kejujuran.

Malahan si HAWA begitu senang menjatuhkan airmata apabila melihat kesengsaraan orang yang dikasihinya. 

Di sebalik kelembutan hati si HAWA, dia memiliki KEKUATAN dan KESABARAN yang cukup kuat.
Tutur katanya merupakan KEBENARAN
Mampu mengukir SENYUMAN biarpun dalam keadaan kesedihan
Titisan airmata si HAWA bisa membawa KEDAMAIAN

Sesungguhnya Allah swt la yang mencetuskan sebab kita menangis. 
Apapun tangisan yang dituntut adalah tangisan kerana takut akan azab dan seksaan Allah swt dan menginsafi dosa-dosa silam.


Adapun Rasulullullah saw bersabda: " Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila sesuatu kaum itu menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Sesungguhnya airmata dapat memadamkan lautan api neraka"



No comments: